Suatu hari Sabtu ………………
Jarang dapat buat aktiviti2 macam ni. Selalu hari Sabtu adeeee…………. je hal, nak kena keluar rumah buat macam2 kerja. Akhirnya, satu hari Sabtu hari tu, boleh lepak dalam rumah tanpa rasa ragu2. Nak buat apa pulak kalau tak keluar….. Bermalas2 ok je tapi……….makanan kena ada. Tak boleh tidur saja satu hari.
Sebenarnya, nasib baik i dah plan nak masak hari Sabtu tu. Buat dengan tak buat je. Kalau tak masak, terpaksa lah order (aktiviti makan yang i selalu buat). I sebenarnya dah bosan order2 ni. Kena bayar berlebihan lagi kalau 4-5 orang nak makan. Lagi banyak duit keluar.
Akhirnya……….apa yang jadi……….masak tetap masak. Order makanan pun buat. Tengok apa yang dimasak……….
nasi goreng jeee………. Kesian……….. Ini pun boleh lah…………
Bahan2 ialah nasi ( i masak awal2 pagi, biarkan sejuk dulu), perencah nasi goreng, sayur hijau, carot, udang, cili padi, telur, minyak.
* dah banyak kali masak nasi/mi/lauk, i paling tak suka campur aduk makanan laut dengan ayam/daging.
Cara masak: tumis perencah, masukkan udang, carot, sayur hijau, cili padi (boleh juga diletak bila dah siap masak, suka hati). Masukkan nasi, kacau perlahan-lahan. Pecahkan telur ke dalam nasi. Kacau rata.
Dah siap, rasa dulu…………, perasakan dengan garam dan lada sulah.
Jangan lupa, buah dan sayuran…………
TIMUN DAN MANGGA
Sebagai tambahan, i kena order……….
pizza (nasib baik ada free coupon, jimat duit i)
PIZZA SEAFOOD DELIGHT (dominos)
lagi……..
ROASTED CHICKEN DRUMMET (dominos)
minum air kosong banyak2…………..
Jadiknya, hari tu, makan, tidur2 ayam, layan tv…………. Malam, pasal ada wayang nak tengok (Godzilla……. rrrrrrrr…..), keluar lah. Kadang2 dapat weekend macam ni pun ok, kan………….
Satu hari Sabtu yang bahagia…………….