Sebarkan...Share on Facebook

I nak cerita hal ‘recycle’ dulu.  Ada buat  ‘recycle’ tak??  I buat okeyy…. sikit2.  Tak la banyak benda sangat yang kena recycle.  Selalu sampah sarap yang kat rumah kena recycle ialah plastik,kertas dan tin aluminium.  Sisa makanan…..masa rajin I letak dalam pasu bunga, campur dengan tanah yang dibeli untuk jadikan kompos.  Jadi….jadi, tapi lepas tu banyak serangga datang.  Geli………..

I tak la gila2 nak asingkan tiap2 plastik, kertas, tin aluminium.  Kan tak banyak sangat.  Janji bila nak buang sampah, I buat dua bag.  Satu basah (sisa makanan & benda melekit), satu lagi beg untuk benda2 kering.  Readers kalau rajin, tanam je sisa makanan dalam tanah/pasu.  Bukan banyak sangat kan sisa hari2.  Buat macam ni, kuranglah busuk tempat sampah tu.

Ni kisah………. bila beli barang dapat hadiah free.  Pinggan/mangkuk kaca, mug, bekas plastik.  Suka kumpul??   Zaman muda2 dulu, I memang excited bila beli barang dapat hadiah free macam ni.  Kadang2 sengaja beli barang yang bagi hadiah free.   Masalah timbul bila dah lama2 terkumpul secara tak sengaja…. dapur jadi semak. Bila kena pindah-randah, benda2 free tu kena angkut sekali.  Nak bagi orang sayang pulak.

Sebahagian daripada barang2 free yang terkumpul.  Barangan yang dibeli ialah cawan kertas, pinggan kertas dan straw:

20140318_181823

Ni lagi………..bila order atau bungkus makanan mesti dapat sekali sudu, garfu, pisau, tisu.  Menambah lagi semak dapur.  Bukannya tak boleh bagi balik benda2 plastik tu semua.  Sampai rumah bukannya pakai pun.  Terus longgok dalam laci.

Sekarang, I dah tanamkan dalam fikiran, bila benda2 plastik tu dah terkumpul, i terus rendam, bilas2, keringkan siap2.  Sedia untuk dipakai bila2.  I ada letak sikit dalam kereta.

Lain2 benda………korang simpan ke, pek2 cili/tomato yang kecik2 tu??  yang dari mcdonalds, kfc,burger king etc.  I memang sejak baru kahwin lagi, dah set fikiran tak nak simpan benda2 tu kalau ada lebih lah.  Yang lebih2 dan dah tak pakai, cepat2 I campak dengan benda recycle untuk dibuang.  Pelik laki I suka kalau I simpan.  Nanti I jugak yang kena jaga cili/tomato kecik2 tu.  Serabut………

I ni kan tak kira ada majlis makan2 atau tidak,  mesti nak ‘stock up’ pinggan kertas, cawan kertas dan straw (yang fully wrapped).  Tengok gambar kat atasRasa happy je tengok almari pinggan mangkuk macam lengkap.  Sebenarnya, I pakai bila malas nak basuh pinggan atau bila tak da air. (Memang menyelamatkan keadaan)

Cerita2 hari ni buat I teringat zaman belajar,zaman bujang dan baru kahwin.  Masa2 tu nak beli pinggan mangkuk duit tak cukup/tak da.  Pinjam meminjam dah jadi perkara biasa.  Pasal tulah barang2 sentiasa hilang.  Yang paling kerap hilang sudu,garfu.  Nak cedok kuah kena pakai jari.   I pernah beli ‘pan’ memasak, pun hilang entah siapa pinjam.  Nak beli baru, duit tak ada.

Bila dipikir balik bukannya tak boleh tanya mak ke, kakak ke, makcik ke kot ada benda2 free nak bagi.

Readers yang tengah belajar/ hidup bujang/baru kahwin cuba….. tolong2 kemas dapur rumah mak bapak, mesti ada jumpa benda yang tersimpan dan ‘tak terpakai’ macam ni.  Kalau ada pinggan,mangkuk yang dibeli banyak2 tapi dia orang jarang pakai cuba mintak.  Biarlah u jadi mangsa ‘recycle’.

Jangan bazirkan duit nak beli baru.  U kumpul,basuh dan keringkan siap2 barang2 tu.  Letak dalam beg/bekas yang bersih supaya boleh terus pakai bila dah pindah rumah.  Kalaupun pecah atau hilang tak la terasa sangat pasal dapat barang free kan…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *