Sebarkan...Share on Facebook

Dah pergi Quill City Mall? Tempat ni di sebelah UniKL, dekat2 SOGO jugak. Kalau dah bosan tengok wayang kat KLCC, Pavillion tu, cuba tengok kat sini pulak. Besarrrr…… GSC kat sini.

Tak silap masa perhimpunan baju merah hari tu, i dan famili saje2 nak datang situ tengok wayang. Pergi pun dah petang, trafik pun dah normal balik. Ehhh….. i takda kena mengena, ye.

Ada masanya, nak la pergi tempat lain, kan. Bosan kalau selalu pergi tempat yang sama. Makan benda yang sama…… Masuk kedai yang sama…… Tengok benda yang sama…… Hahaha…….

Tempat ni pun masih baru, nak la tengok2 apa yang ada. Kalau menarik, lain kali boleh datang lagi.

Masa pergi hari tu, nampak belum meriah lagi tempat ni. Tapi, bagi i la, menarik jugak tempat ni. Ada kelainan. Harga parking pun masih murah dan yang penting, tak serabut.

Tujuan nak ke situ hari tu, memang motifnya nak tengok wayang je. Kalau nak tengok wayang, tiket biasanya kita orang dah beli online siap2. Senang kerja, tak payah nak buat dua tiga kali atau pun nak kena berebut pilih tempat duduk.

Masa wayang nak mula hari tu, kena berdiri nyanyi lagu NEGARAKU.

Harga tiket wayang sekarang, dah mahal betul, kan? Kalau kita orang pergi berempat pun, kos nak dekat RM100. Tu belum beli popcorn 2-3 bekas, air2 lagi.

Masa nak masuk ke dalam kawasan panggung wayang, papan tanda ni betul2 dekat pintu masuk dan pekerja2 yang ambik tiket masuk:

wayang

I pun jadi suka hati. Baguss…… kanak2 lagi kan bayi tak dibenarkan masuk!!! Sebenarnya, tak perlu ada papan tanda macam ni pun, masing2 dah dewasa, boleh fikir sendiri.

Tapi…… tapi…… hari tu…..

Awal2 i dan penonton2 lain yang duduk berdekatan, dah nampak mak bapak ni angkut anak2 kecik masuk ke dalam panggung termasuk lah seorang……. BAYI!!!

I dah mula rasa naik angin dan tak sedap hati. Padahal, papan tanda tu betul2 kat pintu masuk!!! Apa dah jadi dengan pekerja2 yang jaga tiket masuk kat situ??

Budak kecik yang belum tadika pun buat bising tak tentu arah, ni kan pulak BAYI!!! Masa ni nak tengok cerita maze runner. Apa motif mak bapak tu bawak bayi?

Sebenarnya, ni bukan pertama kali i terserempak dengan budak2 bawah umur macam ni. Dah banyak kali kat tempat lain jugak! Tapi, terus terang i cakap, ni lah pertama kali i jumpa mak bapak dan sekeluarga bawak BAYI!!! Biar betul dia orang ni!

TAK MASUK AKAL LANGSUNG BAWA BAYI KE DALAM PANGGUNG WAYANG

Tak perlu i nak buang masa menghuraikan kerenah bayi dan ibunya yang bodoh tu!

ALTERNATIF LAIN UNTUK TENGOK WAYANG

I pun tak pasti, dengan tiket wayang yang makin mahal, dengan budak2 kecik dan bayi dibenarkan masuk lagi, nampak gaya kena tengok filem2 kat rumah je macam ni.

Bukan lama pun sekarang kalau nak tunggu cerita2 terbaru. ASTRO, TM pun dah lama buat servis berbayar kalau nak tengok cerita2 wayang.

Kita dah la bayar tiket wayang mahal2 sekarang. Nak kena berdepan lagi dengan mak bapak yang BODOHHH!!!!! Dia orang ni tak faham bahasa ke?? Mesti faham kan. Kalau tak, tak kan reti tengok cerita orang putih…… tapi dalam kepala otak “ada aku kesah???”

CADANGAN UNTUK PEMILIK SYARIKAT PANGGUNG WAYANG

Boleh tambah peraturan baru untuk disiarkan di skrin wayang sebelum wayang mula. Iaitu, selain daripada jangan buat bising, jangan tengok telefon, sila tutup telefon, boleh tambah:

KANAK2 YANG BERUMUR 6 TAHUN KE BAWAH, DILARANG MASUK KE DALAM PANGGUNG!!! (LAGI KAN BAYI!!!).

1 Comment on BAYI BUAT BISING DALAM PANGGUNG WAYANG

  1. Jarang sangat gi Area KL FZ….. mahalnya kalau sampai Rm25 henggit satu kepala. Sure special seat tu kan FZ…

    Betullah rasa kacau sungguh kalau ada org sembang dlm panggung bila kita tgh duk layan cerita inikan pulak budak kecik dlm panggung….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *