Sebarkan...Share on Facebook

Sejak dari tahun lepas akak dah mula intai2 benda2 sosial media yang lain. Serabut la zaman sekarang ni. Kalau nak berkembang maju, nak tak nak kena bermedia sosial. Lagi lah kalau ada rancangan nak buat bisnes online.

Masa nak bukak facebook dan media sosial lain, nak kena daftar pulak. Kena bagi lagi maklumat peribadi. Akak masa tu tak sedia nak ada media2 sosial ni lagi dan takda motif pun. Takat nak bagi tau akak masak kari ayam hari ni atau tengah period pain, baik tak payah. Tidur lagi bagus.

Tahun lepas i ada main2 bukak akaun Instagram. Tu pun letak gambar2 makanan je. Kalau nak berkembang maju, kena lagi update selalu. Banyak pulak kerja.

Jadi, nampaknya salah satu cara nak menyenangkan kerja akak ialah kena ada handphone satu lagi. Senang, satu telefon untuk bergossip dan tengok internet, satu lagi untuk cari rezeki.

Rasa tak minat pulak nak bagi satu nombor telefon yang sama kat semua tempat. Tu belum lagi kena ada alamat e-mail banyak2.

Masa akak nak buat pendaftaran untuk online banking, haa???…… lagi rasa nak muntah.

Nampak sangat ketinggalan ni!!!

Tak tau sama ada akak patut kesian ke tidak kat generasi yang baru2 ni. Macam mana agaknya kehidupan 10 tahun akan datang. Benda2 online dan media sosial tu semua silap haribulan akan jadi benda wajib.

Kereta terbang pun dah ada prototype. Apa lagi yang akak tak tau?

Kat Malaysia ni pun, sekarang dah dimulakan sedikit demi sedikit benda2 wajib online ni contoh macam, nak semak keputusan periksa, nak masuk universiti, nak hantar assignments, nak buat aduan, nak maki hamun, nak hantar resume, nak hantar resit dan entah apa2 lagi yang akak belum tau.

Sekarang kalau pergi kedai mamak pun, pelayan kedai akan masukkan menu yang kita nak dalam IPAD.

Laaa……, nak cerita pasal telefon sebenarnya. Jadinya, sejak tahun lepas, akak pun sikit2 kumpul duit dan berazam untuk beli telefon baru. Kalau nak beli masa tu pun takda motif. Bulan lepas ke, bulan Disember akak beli telefon ni.

Tak kuasa la akak nak beli samsung baru atau pun iphone. Nasib tak gila gadget dan jenama. Tapi i minat la kereta jenama lexus, infiniti, audi. Boleh macam tu?

I pilih handphone HUAWEI sebab:

Rupa bentuknya lebih kurang macam samsung punya. Lepas tu saiz dan berat pun lebih kurang phone samsung. I kalau handphone ni, skrin kena besar pasal i tak minat nak kena adjust font. Dan semestinya ada ciri2 smart phone. Kualiti gambar memang bagus. Tak edit pun tak pa.

Macam akak, akak tak ada masa dan malas sebenarnya nak edit, crop bagai gambar2 yang akak ambik. Gambar tu yang akak ambik, gambar tu yang akak tepek dalam blog. Kemungkinan akak ada skil sikit2 dalam mengambil gambar. Telefon yang bagus pun membantu. Dah tak payah nak buat kerja 2-3 kali.

 

Lepas ni sudi2 lah jengok facebook akak ye…… terima kasih…..

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *