Sebarkan...Share on Facebook

Dulu2, i pernah kerja sekitar kawasan SOGO ni.  Boleh je jalan kaki pergi situ masa lunch hour, tak perlu fikir hal2 parking.  Tempat shopping ni i mula pergi balik 2-3 tahun yang lepas.  Itu pun lepas sedara mara dan kawan2 selalu menyebut2 tempat ni.  Kalau tak, memang tak pergi le.  Dah ada AEON, KLCC dan lain2, macam dah malas nak pergi kawasan sini.  Masa cuti sekolah memang ramai orang luar KL datang kawasan sini untuk membeli barang.  Ada yang duduk kat hotel berdekatan.

I yang duduk KL ni pun tidak ketinggalan nak menyibuk kat sini.  Hee……. hee……. Untuk pengetahuan readers, i dah biasa dengan tempat shopping mana yang kena datang awal2 pagi.  Kawasan SOGO ni salah satu nya.  So, hari tu (dah la hari Sabtu), pagi2 lagi dah keluar rumah, memang dah rancang nak sampai sebelum pukul 10 pagi.  Bila dah sampai, tengok2 banyak kereta dah berduyun2 nak masuk parking.  Baru 9.40 am, parking kat basement level 1 dah penuh.  Aiikkk…….orang lagi awal dari i.  Yelahh………cari parking pagi2, lepas tu pergi makan dulu.  I pulak, siap2 bungkus KFC breakfast makan dalam kereta.  Hari tu sorang je.

Tak rancang pun nak beli apa2.  Macam biasa i, kalau ada barang menarik, harga setimpal, mungkin beli.  Mungkin lah………

Mula dari tingkat atas dulu.  Nak tengok barangan bilik tidur dan dapur.  Apa yang menarik……..

20140607_112401

Kebetulan nak kena tukar bantal2 yang dah………….  Bantal2 banyak pilihan.  Tuala2 pun sama.  Kebetulan nak kena tukar towels.  (Ehh……ehh…….banyaknya kebetulan………).  Beli lah beberapa biji bantal dan beberapa helai tuala, turun parking, simpan dulu bantal2 dan tuala2 tu dalam kereta.

Hati2, tengok tempat ye korang, kalau nak simpan barang dalam kereta.  Jaga keselamatan diri dan kereta.  Kalau u parking di luar bangunan dan dah malam hari, walaupun kereta merata2 tapi kereta u kat hujung2, not a good idea.  I pernah kena kejadian tidak diingini, ok.

Berbalik kepada SOGO.  Tengok apa lagi barang yang menarik kat SOGO ni………..  Ehhh, nampak pinggan dengan pattern kegemaranku.  Kalau readers pernah baca post2 sebelum ni, i dah ada pattern plum ni.  Ni pinggan nasi, tak besar, tak medium (ha??).  I suka pinggan saiz macam ni, cepat sikit bila dibasuh kerana tak besar.  Memanglah ringan.  Suka……suka…….

20140607_14243820140607_142525

Tengok harga…….oh tidakk……..RM71 sekeping.  Dah diskaun ke belum tak penting (kalau tak salah ada 20%).  Bye…..bye…..dulu pinggan.  Lain kali ye i beli.  Nampaknya kena tengok tempat lain dulu.  Tak kan nak beli satu keping je kan.  Nak beli set2 macam tiada keperluan.

Pusing2 lagi.  Nampak pulak bath robe ni.  Memang ada rasa nak beli sebelum ni, lepas tu lupa.  Kalau nak merasa pakai pun, dalam bilik hotel.   Ehh…….suka la bath robe ni……..Harga RM129.90.  Ni pun tak kan nak beli satu je.  Pasal tak masuk dalam budget, tak la beli.  Dah la ada macam2 warna.  Tahun lepas i datang tinggal putih je.  Takpa, telan air liur………

20140607_143903

Barang2 lain………

20140607_150349

Ni pun menarik…….set sudu garfu.  Kat rumah kan dah ada.  Tak kan nak beli lagi, Faizah.  Harga RM45.90.  Okey kot, sekali dengan bekas.  Nampak sesuai kalau nak bagi untuk majlis kahwin.

Barang2 i beli, malu lah nak tunjuk.  Barang2 kecik2 je.  Motif utama pergi SOGO ni, nak cari sarung kusyen.  Ada la i beli, warna biru.  I basuh dulu.  Nanti dah pakai i tunjuk ye.  Lain barang I beli ialah set alas cadar dan lain2.  Tak penting rasanya nak tunjuk.

Ni pulak sesi makan.

20140607_202541

I beli bubur tu dua kali.  Satu untuk bawa balik.  Sedap……..pasal tu beli dua kali.  Lepas tu beli spaghetti kat kyros kebab.  I selalu bungkus makanan kat tempat kebab ni.  Pun boleh tahan sedapnya.

Lagi satu tempat shopping yang dah lama gila i tak pergi ialah MidValley.  Ni pun best, pernah buat dengan family members, masa cuti sekolah.  Masa tu budak2 nak mula sekolah rendah,  kan nak kena beli uniform, kasut dan segala barang.  Duduk lah kat hotel boulevard, best gila hotel tu.  Bila Pavilion dah bukak, langsung i dah tak pergi MidValley.  Malas lah nak meredah trafik.  Bila entah nak shopping balik kat MidValley tu.  Lebih efektif kalau dapat berkampung 3 hari, 3 malam kat situ.

 

Shopping, shopping jugak.  Mak bapak dan penjaga budak2, pegang lah tangan anak2 kecik tu.  Jangan lalai………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *