Sebarkan...Share on Facebook

I punya time management sentiasa lari atau gagal.  Banyak perkara yang i teringin nak buat, tapi sentiasa komplen tiada waktu.  Realitinya, i antara orang yang terpaksa berdikari ‘buat semua benda’.  Mintak pertolongan???  Dah buat beberapa kali dan sentiasa tak menjadi.  Adakah hikmah di sebalik situasi ni??

Sebelum i nak buat aktiviti ‘lain’, contoh, pergi kelas itu ini, i kena selesaikan hal2 di dapur dulu.  Dua posts ni berkenaan hal2 dapur.

Sebetulnya, i tak minat nak berlama-lamaan di dapur.  Lain lah kalau i masak kek ke, biskut ke untuk dijual.  Bila i masak sesuatu dan tak menjadi, memang rasa kecewa sangat.  Lepas tu, terus malas dan trauma nak masak.  Dah la masa hilang begitu saja.

Sekarang ni, i nak cuba sedaya upaya sediakan makanan secara teratur.  Untuk diri sendiri dan keluarga.  Yang peliknya (pelik ke??), i mesti rancang dulu nak masak apa untuk 3-4 hari.  Memang dari dulu lagi i macam ni, cuma tak da disiplin.

Dah tak da lagi perasaan………… rasa nak makan itulah, inilah.  Cukup lah perangai merepek i ni.  Mungkin kerana umur dah meningkat, malas nak fikir hal remeh-temeh.  Jadi, makan pun benda yang penting je untuk badan.

I memang tak suka kalau kena masak cepat2 dan cincai2.  Paling i benci.  Lebih baik i bungkus lauk di kedai, lagi tak stress.  Tiap kali lepas masak sesuatu, mesti tanya diri sendiri, ada tak macam standard restoran??

Ok, mari tinggalkan bebelan dan emosi yang tiba2 mendatang hari ni.  Yang merepeknya, i ada masa pulak nak mencari tupperware dan bekas2 plastik lain.  Bekas2 plastik ni jarang dipakai.  Memandangkan dah timbul kesedaran kena masak, i nak disiplinkan diri guna benda2 ni.  I akan pakai sampai bosan atau rosak.

bekas2 plastik untuk makanan

Mari tengok apa kegunaannya.  Mula2 beli buah dan sayuran.  Hari tu nampak tembikai dan timun.  Masa ni nak cepat, beli jelah dekat tempat mahal ni.  Malas pulak nak berkejaran ke tempat lain.  Nanti takda di tempat lain, padan muka.  I kalau benda dah ada depan mata, harga ok, beli je.

20140803_120420  tembikai dan timun

Potong cepat2, letak dalam bekas2 tadi.  Baru nampak semangat nak makan.  Boleh dihabiskan dalam masa 3 hari maksimum.

20140803_133500

tembikai dan timun dah siap potong

Yang di bawah ni, perencah yang sudah dikisar.  I buat untuk 3 jenis masakan.  Dalam setiap bekas, i kisar bawang putih, bawang merah dan cili kering.  I pakai banyak2 bawang dan cili kering.  Dah siap, letak dalam freezer.  Kena masak dalam minggu yang sama.  I tak suka simpan untuk lama2.  Pastinya tak masak.

20140803_195140

Lauk pauk lepas raya.  Kembali normal.

20140804_115746 ikan goreng

20140804_124607

udang sambal pedas

Untuk udang ni, i pakai bahan kisar dari satu bekas tadi.  Kalau harga udang tengah ok, i beli.  Lauk ni kalau makan banyak ni kat restoran berapa ringgit???  Kalau nak beli kat kedai nasi campur, selalunya cepat habis.  I dah tak heran, yang penting i dah reti masak.  I senang je, nak pastikan masakan menjadi, bila suami i makan, dia tak berpura2 makan.

bersambung lagi ………….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *