Sebarkan...Share on Facebook

Bila ada masa nak tengok tv, i tekan dulu banyak2 saluran.  Akhirnya, mesti i akan tengok rancangan masak2 atau rumah2.  Tak tau kenapa, sama ada i dah jadi mak atau memang rancangan2 macam ni dah banyak sangat sekarang.  Tengok berulang2 ok lagi.  Tapi setakat 4-5 kali dah cukup.

Kalau yang rancangan masak, hampir semua yang ada sekarang dalam tv tu, i akan tengok.  Tapi kalau cerita2 rumah, paling i suka yang tunjuk rumah2 orang Jepun, House Paradise.  Suka la tengok konsep rumah2 yang ditunjukkan.

Takda sarat-barat dengan macam2 barang atau perabot.  Keluasan rumah pun sederhana besar.  Yang penting, setiap ruang dalam rumah ada fungsi dan akan dipakai secara maksima.  Boleh lah buat inspirasi untuk rumah sendiri.  I pun belum minat nak penuhkan rumah dengan segala macam hiasan.  Akan datang tak tau lagi hee….. hee……

Dah lah rumah2 Jepun tu lain2 rekabentuk, tapi kat dalam rumah konsepnya macam sama je.  Ikut pemahaman i la.  Ok, jadinya yang bahagian dalam rumah tu i boleh jadikan inspirasi dulu.  Yang penting i tak payah nak susah2 buat renovasi besar2 ran.  Hargai ruang yang ada dulu.  Boleh lah i mula kosongkan sudut2 yang tengah berserabut kat rumah i.

Buat masa sekarang, i memang perlukan situasi rumah yang macam ni.  Nak kurangkan masa mengemas dan mencuci.  I pun nak kena kejar aktiviti masak-memasak.

Cerita blog lepas i dah cakap mood mengemas akan muncul cuti2 ni.  Tengok apa i dah buat.  Tapi ni pun i buat sikit2 dulu ye.

20141120_145052

Kusyen2 saiz kecik ni dah tersadai agak lama.  Sebenarnya dah menipis dan ada yang dah terkoyak tepi.  Boleh i biar…. biar…… sampai berhabuk.  Konon nak basuh lah, nak jahit lah.  Lepas tu nak basuh rasa geli2 pasal habuk dah melekat banyak.

I memang ada perangai sayang nak buang barang, walau pun barang tu dah lama tak terusik.  Entah kenapa i akan biar dulu sampai sakit hati dan sakit mata bila tengok.  Ni, akhirnya i buang jugak.  Lepas tu fikiran rasa bebas.

Kasut yang u nampak tu sebenarnya masih elok lagi.  Masa cuba kat kedai, belum rasa sakit.  Bila dah lama2 dan berulang kali pakai, kulit jadi melecet kat kawasan yang  kena silang2 tu.  Itu pun hati tak nak mengaku kaki sakit bila pakai kasut ni, pasal sayang nak buang dan nampak cantik.  I pakai sampai dah rasa tak tahan kesakitan.  Ok, akhirnya terpaksa let go kasut ni.

20141123_121651

Ni pulak beg2 macam guni yang i dapat free.  Lama jugak tersadai.  Tak koyak dan memang elok lagi.  Masalahnya kena basuh pasal dah hitam2.  Lepas tu tak basuh2.  Biar…….biar…….. berlonggok dengan kusyen2 yang nak kena buang tu.  Minggu lepas, i rajin gila basuh semua.  Campak dalam mesin basuh baru, lepas tu jemur 2 hari.  Sukanya dah bersih.  Lepas tu sayang nak pakai balik. Tu lagi satu masalah i.  Suka simpan2 lepas tu lupa i ada beg macam guni ni.

20141123_121019

Ingat tak bakul hitam ni?  I jumpa dalam kedai baju kat Sunway Pyramid.  Hampir tersadai.  I bilas2 bakul ni hari tu pasal dah berhabuk.  Ni i nak betul2 pakai untuk letak plastik2 shopping.

Kiranya minggu lepas banyak hal i kena buat.  Nak mengadap blog pun fikiran tengah berterabur.

Ada satu lagi perkara yang i cuba buat.  Bila keluarga tengah berkembang, kan lagi banyak barang2 peribadi, rumah dan lain2 yang kena dibeli.  Lepas tu sekarang, macam la semua kedai dan tempat shopping akan ada kad mesra pelanggan.  Jadi, i pun dah beberapa tahun ni cuba nak kumpul segala points untuk apa2 kad bila beli barang2.

Minggu lepas, i pergi redeem semua voucher2 yang patut.  Baik i pakai masa cuti2 ni.  Bila mula tahun yang baru nanti takut lupa lah, tak da masa lah nak redeem voucher2 tu.  Mungkin ada points yang dah nak expire.  Rugi pulak.

Sebenarnya kan, tak payah nak simpan lama2 pun voucher2 ni.  I sekarang pakai terus je.  Lagilah kalau setakat RM5, RM10.  Jangan serabutkan diri dengan voucher2 macam ni.

20141123_122734

Tapi paling i tak suka kalau ada voucher atau diskaun yang bersyarat.  Contoh macam, kena belanja minima RM50 baru boleh pakai voucher atau diskaun tu.  Tak suka la macam ni.

Itulah serba sedikit aktiviti saya.  I dah tau, memang dah tiba masanya blog ni berkembang.  Nanti lah, perlahan2 i akan buat blog lists.  Tunggu ye……..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *