Sebarkan...Share on Facebook

HENDAK SERIBU DAYA……

Dah banyak hari i tinggalkan blog ni. Bukan suka2 tau! Ehh…. kebetulan hari tu pun i dah cerita2 pasal jerebu. Ni rupa2nya jerebu tak hilang2 lagi. Kalau kat KL ni, yang selalu jadi mangsa ialah bangunan KLCC.

Kalau dah nampak sangat dari kejauhan bangunan tu, maknanya eloklah cuaca. Kalau hilang dari pandangan, tu maknanya ia dah kena telan dengan jerebu.

Hari ni i nak bukak blog, pun tengah berjerebu kat luar tu. Nampak macam lagi teruk dari sebelum2 ni. Dah la sekolah kena cuti dua hari. Sama macam minggu hari tu. Hari2 yang sama pulak tu kena tutup. Macam dah ada jadual ke apa jerebu ni.

Sepanjang tak berblog tu, biasa…. la…. kalau orang tak cakap “i malas”, maknanya, macam2 hal yang kena dibuat. Ni termasuk misi i nak mencari kerja yang bergaji. Kalau nak tunggu hasil dari blog baru je, mana mungkin. Kalau pun i nak menunggu hasil dari berblog ni, kena sama ada lambat dengan cepat, rajin dengan malas lagi.

Tu pun trafik kena banyak dan asli, kan. I dah mula membaca pasal hal2 berblogging. Pokok pangkal katanya, isu kandungan blog yang paling penting. Kena original gitu. Tapi, i pun perasan kalau blog yang dah ternama, letak je berita semasa pun readers akan baca.

Cakap pasal cari kerja pulak, i sebenarnya dah lama tinggalkan dunia pekerjaan. Haa…. ni baru readers tau sikit2 pasal i. Nasib baik i masih minat nak bukak komputer dan rajin bukak phone.

Buat masa sekarang, kalau nak tengok apa2 kat internet, i lebih suka pakai telefon. Contoh macam nak tengok barang2 baru ke, tengok tempat2 nak berjalan ke, baca berita semasa ke atau pun tengok blog2 orang lain.

Tapi kalau nak berblog atau nak cari kerja ni barulah i akan rajin bukak komputer. Macam tak biasa lagi kalau nak buat kerja2 serius melalui telefon. Tapi untuk orang2 yang dah biasa tu, mana2 pun boleh, ye tak?

……

Ok, kita tinggalkan dulu kisah2 yang tak berapa stres di atas.

Meh tengok bunga2 cantik untuk hilangkan stres dari jerebu dan lain2 masalah.

BUNGA2 CANTIK DI BUKIT BENDERA, PULAU PINANG

Gambar2 bunga2 ni dah tersimpan lama dalam telefon. Sebelum i nak buang gambar2 lama tu, baik i letak kat dalam blog ni. Ada jugak faedahnya.

Gambar2 ni diambil lebih kurang 3 tahun yang lepas. Lepas2 tu kalau pergi Penang, kita orang dah jadi malas nak naik Bukit Bendera. Banyak kawasan lain lagi yang belum pergi.

I bab2 tangkap gambar, boleh lah.

18635174217174057

175223

175438

18545

Ada tenang tak fikiran, lepas tengok gambar2 tu??? Kalau tak tenang langsung, sila jumpa pakar sakit jiwa! U memang ada masalah besar. Kesian.

Pokok2 kat bawah ni i tak faham:

18158

Adakah orang kena panjat batang2 pokok tu untuk tanam daun2 kat atas tu?? Tak kan daun2 kat atas tu tumbuh sendiri pulak?

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *