Category: KEMAS RUMAH

Tukar sarung kusyen

Tahun ni rasa nak tukar sarung kusyen untuk yang saiz sederhana dan kecik2.  Tahun2 sebelum tu (dah lama sangat), i selalu tersilap beli corak.  Maksud i, bila kat kedai nampak cantik.  Bila dah letak kat rumah, selalunya tak sepadan dengan apa2 perabot. (more…)

Beg Plastik Untuk Fabrik, Barang Bermotif Kucing

Cerita kemas dan shopping…………

Nak mengelak kemas besar-besaran masa bulan puasa.  Ni baru kain baju, belum lagi barang2 lain dalam rumah.  Bila entah mula, dah jadi rutin i, kemas kain baju dan shopping sebelum bulan puasa.  Baju raya pun, kalau jumpa yang sesuai, terus beli.  Di bulan puasa, tak payah nak serabut2 kemas itu ini, shopping lagi.  Pernah terjadi, dah la penat puasa……..kasut dan baju pulak tak da saiz.

I memang tak tahan serabut kemas-mengemas masa bulan puasa dan sekarang i dah tak da masa sangat nak bersesak2 di shopping complex masa weekend bulan puasa.  Kalau i sorang2 takpa lagi.  U all jangan salah faham………masa bulan puasa, kalau ada kesempatan, i masih pergi tempat shopping.  Kalau ada barang menarik dan harga setimpal, i mesti beli.  Untuk kegunaan lepas raya ha……ha………

Yang paling penting i dah tak stress membeli-belah kerana dah siap2 beli sebelum puasa lagi.  Kalau tak jumpa barang yang dihajati masa puasa tu lantak lah…….kerana dah dibeli atau dah ada.

Lagi pun bulan puasa kena fokus amal ibadah……….

Hal2 mengemas…………

Beg2 plastik kecik2:

I dah lama mencari beg plastik kecik2 macam ni untuk simpan barang.  Ni bukan plastik untuk makanan ye.  Akhirnya dapat jumpa saiz yang kecik2 macam ni.  Saiz2 lain pun i banyak beli.  Baru senang nak buat kerja.  I jumpa dekat, tak silap nama kedai tu daiso japan.

Ni sebahagian dari kegunaan:

20140512_121010

Simpan gloves, swimming caps, stokin, dll

Kain baju

Dah agak lama i tak kemas kain baju, kebanyakannya kain baju harian.  Tengok mana yang dah menipis, boleh dibuang terus.  Ni sebahagian contoh.

20140512_114820Kain baju yang dah diasingkan.  Yang ni yang masih elok.  Topi merah budak tu, i dah simpan 5 tahun.  Memang dah tak boleh pakai.  Tapi i jenis sentimental.  Ada baju2 yang i sayang nak let go, i simpan dulu bertahun2 buat kenangan.

20140512_123810

Ni satu contoh bahagian almari yang dah dikemas, cukup lah.  Belum campur lagi yang sedang dibasuh.  My tips, setakat baju harian, kalau dah cukup untuk dibasuh, pakai untuk setahun, tak payah beli yang lain.  Untuk sesetengah orang macam i, duit membeli baju tu, boleh diguna untuk beli barangan lain.

Lagi satu, cuba u tengok dan kira berapa banyak panties/underwear u dan family member ada……..cukup tak sebulan pakai???  Kalau cukup, pun tak payah beli lagi buat sementara waktu.

Baju menipis, mengembang atau menguncup, sila lah buang terus ye……jangan dibagi orang.

I mengaku i sentiasa nak minimize jumlah barang ke, kain baju ke……….tapi, bila pergi jalan2, kalau nampak baju atau barang bermotif kucing (yang nampak comel pada pandangan sendiri lah), i mesti rasa nak beli.  Yang penting, kualiti dan harga kena setimpal.

20140513_083420

lampu kesayangan motif kucing

Ni satu lagi kumpulan……….

Kain cadar, set comforter.   Lagi tak boleh tahan kalau kualiti ok, harga setimpal.  Kena beli jugak…..kena beli jugak……..tak kira lah kat mana2 shopping complexMy tips, sekarang i beli kat mana2 tempat shopping yang i nak collect point banyak2.  Penting sangat heh?  Penting…….sebab utama nak mengelak keluar duit di tempat yang tak pernah atau jarang pergi.

Ni lagi satu barang yang terjumpa secara tak sengaja.  Bagi i comel sangat dan memang tak ada kat mana2 tempat shopping.  Ni jumpa kat kedai perabot di Sg Besi beberapa tahun lepas.  I tak minat sangat jenis jahitan macam ni, cuma gambar yang dijahit tu comel.

20140512_122741

Kain2 cadaran ni pun i simpan dalam beg plastik.  Senang nak simpan dan cari.  Bau pun tak hapak.  Dulu ada satu kedai yang jual kain cadar brand aussino kalau tak silap, design2 gambarnya lain dari lain.  Lepas tu kedainya dah mengecil dan tak banyak pilihan.  Tapi, sempat jugak lah i beli macam2 corak yang unik seperti dalam gambar. (Yang biru bukan kedai tu)

20140512_125457

 

So, readers, untuk mengelak kelam-kabut di bulan puasa nanti, mula shopping sekarang dan shopping lah berpada-pada ye ……………..

 

Perabot kecil comel

Ini antara perabot yang tiba2 dibeli tanpa berfikir nak pakai untuk apa.  Dibeli beberapa tahun lepas.  Hanya kerana nampak cantik.  Ada ke…… nak dibuang?  Tak mungkin.  Itu dah jadi pembaziran.  (more…)