Category: KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Ubat Mujarab Elak Sakit

Untuk mereka yang sentiasa sihat, untung badan.  Untuk orang2 yang tengah sakit, tengah buat apa2 treatment …….sabar je lah.  Teruskan je sampai baik……..jangan patah semangat.

I nak cerita pasal hal2 tak sihat.

…………Kalau u tak pasti sakit apa, u jumpa doktor kan?  Kalau sakit tak hilang2?.  U jangan jumpa satu doktor je.  Pergilah jumpa 2-3 doktor yang berlainan terutama kalau demam tak kurang2, sakit perut berpanjangan, pening tak hilang2, dll.  Lain lah dah jumpa doktor pertama kali, makan ubat, badan terus sihat.

I dan family member biasa buat macam ni pasal dah pernah kena.  Satu ketika sakit tak hilang2.  Yang kelakar ubat yang dibagi pun lain2 dan diagnosis sakit pun lain2.  Kalau u ada duit lebih atau insurance coverage, mintak je ubat yang powerful sikit.

Ni cerita yang utama………. I dah lama perasan, doktor2 yang i pernah jumpa, (tak kira apa2 agama) bila kita berbual lama sikit, mesti akan cerita perkara yang sama, iaitu macam mana nak elak sakit/penyakit:

Ni mesti buat…………

JANGAN STRESS KAN BADAN

TENANGKAN FIKIRAN, pergi bercuti, dekatkan diri dengan Tuhan

MAKAN IKUT FOOD PYRAMID, minum banyak air

REHAT SECUKUPNYA

…………Tu jeee????  Benda basic tu.  Lain2 i tak ingat sangat……macam senaman……..kena matahari waktu pagi……..

Entah, i selalu rasa lega bila doktor cakap macam tu.  Kebetulan, i bukan jenis percaya 100% kepada produk2 kesihatan.  I betul tak faham, kenapa ada orang yang makan produk kesihatan tapi masih hisap rokok.  What is the point??

I pernah tanya sorang doktor ni, vitamin apa yang paling bagus (masa tu sedang mencari produk kesihatan).  Lepas tu macam tak da jawapan yang jelas.  Dia cadangkan i beli pil _  _ _ _ _ _ _, (dijual merata farmasi).  Dah makan beberapa botol, tengok2 status halal diragui, i pun tak perasan.  So, i kena lah berhenti makan pil tu buat sementara waktu.

I tanya lagi, “madu lebah okey tak?”,…….”u tengok dulu madu yang macam mana”.  “Silap2 banyak kandungan gula, nanti kena penyakit lain pulak.”  I pun, “huh…….ada ke?”

Rupanya………….nak maintain sihat, buat benda basic dulu.  Produk2 kesihatan kemudian.

Jangan salah angap, bila i tengah ada mood, i beli jugak produk2 kesihatan yang berlainan.  Sekarang, untuk menambah tenaga ke apa, i makan PHARMATON.  Itu pun pasal dah banyak kali husband i suruh makan.

Cerita lagi………i pernah jumpa doktor masa badan tengah tak larat, sorang doktor ni, bukak i punya kelopak mata bahagian bawah.  (Kalau pucat macam tak merah sangat, tandanya kurang darah).  “U kurang darah ni”.  “Makan lebih daging”.  U tengok………., lain orang lain badan tau.  I pulak disuruh makan lebih daging.  Orang lain sibuk nak berdiet…….

Kalau untuk orang2 tua pulak (mak i), doktor mesti cakap………. “minum susu ANLENE untuk menambah kalsium”.  Kalau penglihatan kurang jelas,………..”mula buat AIR CAROT”.  Ubat2 pills lain dibagi jugak lah.

 

So, okey tak doktor cakap tips2 macam tu? i okey je.  Memang tiap kali i dah letih, i terus berbaring, he…..he……DE STRESS dulu.