Sebarkan...Share on Facebook

Cuti sekolah hari tu, ada family members datang Kuala Lumpur nak pergi ke Sunway Lagoon.  I yang duduk di KL ni pun, rasanya kali terakhir i pergi situ ialah dua tahun lepas.  Sekarang ni mana i ada masa sangat nak merayau2 ke tempat2 shopping tanpa tujuan.  Masa muda lain lah ……..

I pulak macam rasa malas2 nak pergi main air.  Dah bayar untuk bilik hotel, lebih baik i terbaring, terlentang je atas katil (Sunway Pyramid Tower Hotel).  Teringin jugak nak tengok2 Sunway Pyramid shopping mall ni.  Masa i datang sebelum ni, tak sempat nak merewang sangat, sibuk main air dengan budak2.

cerita makan…………

Memandangkan harga bilik dah termasuk sarapan, takda la nak makan sangat kecuali petang dan malam.  Pagi2 dah makan sampai perut sarat, orang lain pun sama.  Relax sekejap, lepas tu yang nak pergi main air boleh pergi.  Budak2 besar jaga budak2 kecik.

Nanti, cuma nak cari makan untuk petang dan malam.  Memandangkan agenda datang sini nak relax, jadinya relax la………tak payah nak fikir apa2.  Nak keluar makan pun malas.  Duduk dalam bilik lagi seronok.  I terpaksa layan cerita Sex & The City 2.  Tak pernah tengok pun pasal memang tak minat.  Tapi ok pulak cerita ni, kelakar.  Takda aksi yang merepek.

Kedai2 makan kebanyakannya sama je dengan tempat lain.  Malas lah kita orang nak makan bersungguh.  Makan pun ala kadar, janji perut kenyang.  Nampak kedai PappaRich.  I pulak asyik nak makan roti je.  Tak tau pun kedai ni ada masak roti bakar.  Bubur ayam kedai ni, diletak dalam mangkuk besar, harga2 makanannya pun ok.  (Yelah……..lain kali i ambik gambar dulu sebelum makan).  Manalah i nak tau sedap ke tak……..

Yang dalam gambar ni dibungkus untuk i makan dalam bilik hotel.  Air pun dibungkus.  Bagus kedai ni, air pun pekat.  Yang u nampak tu air Ribena laici.  Sedap2……. sambil layan movie yang sama 3-4 kali.  Malas gila kan………haa…….haa…….

20140613_195624

makanan dan minuman

Makan kat bilik hotel.  Ada nasi lemak, ayam goreng, fries dan roti bakar lagi………….. (pun lain kali i ambik gambar bilik sebelum bilik jadi tunggang terbalik)

cerita beli barang………….

Dah disebutkan, i nak tengok kedai2 kat Sunway Pyramid ni.  Bila dah jadi mak2, memang macam ni, ada je barang yang nak dicari.  Masa2 lain mungkin terhad nak merayau2 tanpa tujuan.  Baik i merayau sekarang.

Pusing2 berjalan dalam mall ni, banyaknya kedai menarik.  Boleh jadi gila sekejap.  Banyak jugak kedai baju yang orang suka macam MANGO, NIICHI, COTTON ON, UNIQLO, ZARA dan lain2 yang famous.  Selalunya kalau kedai2 macam ni, ada yang dibuat dua tingkat dan luas, barang2 memang lagi banyak pilihan.  AEON pun ada, pun besar.

Nampak kedai H&M.  I belum kesempatan lagi nak masuk mana2 cawangan kedai ni.  Apa yang dibeli………..

20140614_111141

Beg bakul plastik??? Beli bakul plastik kat kedai H&M ni???  RM27.90.  Takda ke nak beli baju, seluar, kasut???.  Ada……ada beli.  Bakul ni i nampak ada kegunaan, takpaaa……..beli dulu, nanti mesti pakai.  Kedai ni punya kids section, bagi i la, menarik……… banyak pilihan dan harga berpatutan.

Ternampak pulak kedai VS, ni sudah bagusss………  Ada la barang yang i beli walaupun tak masuk budget.  Haa……haa…….

20140614_112352

Nampak kedai COTTON ON.  Ni satu lagi pembelian yang entah apa2.  Datang Sunway Pyramid, beli selipar???  Nak buat macam mana, dah ada depan mata, beli jelah.  Dah la kedai COTTON ON kat Pavilion tu ramai sangat orang bila weekend.  Lagi pun tengah murah kottt……RM15 satu.  Ada saiz pulak.

20140614_110339

cute…….

Kedai barangan rumah pun banyak, tak sempat pulak nak masuk semua.  Kedai ACE hardware kat sini pun besar.  Best kan jadi mak2…………

Tu antara kedai2 yang i sempat masuk.  Nampak macam kombinasi beberapa kedai di KLCC, Pavilion dan lain2.  Untunglah orang yang duduk kat kawasan ni.  Benda yang i tak sempat nak cari ialah alas cadaran.  Takpa……..takpa………i pakai dulu apa yang ada.

 

Boleh datang lagi hee……hee………

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *