Sebarkan...Share on Facebook

Macam biasa hari2 raya, i belum ada tekanan nak kena masak itu ini.  Bukan tak nak, tapi nanti ada pihak2 yang akan pot pet.  “Laa……kenapa masak, makcik dah masak macam2 ni”.  “Marilah datang rumah”.  Okkk………. i lagi suka.

Kalau i masak, nanti orang lain tak da kerja pulak.  Tapi kan, selalunya i akan bagi sedikit sumbangan atau buah tangan.  Buruk pulak perangai kalau pergi makan percuma kat rumah orang.

20141005_124600

nasi jagung dan kari ayam kentang

Lepas tu, kebiasaannya i kan tak boleh makan banyak2 sekaligus.  Macam biasa, mana2 rumah yang ada lebih makanan tak terhabis, I akan bungkus sikit.  Petang2 perut akan lapar balik.  Tu nasi dan lauk yang i dapat bawak balik.

20141006_114334

lemang

Lemang ni makan masa malam raya haji.  Lepas tengok wayang.  Yang kes lemang ni, kononnya nak menjimatkan duit.  Tak nak makan kat restoran mahal2 lepas tengok wayang.  Lepas tu, mana ada orang bukak kedai makan masa hari raya kan.  Kedai yang masak goreng2 semua tu.  Orang pun nak beraya balik kampung.

Jadinya, kita orang beli lah lemang yang dijual kat tepi2 lebuhraya tu.  Tapi, i pantang beli kat tempat yang sama tiap kali.  I mesti kena cuba beli kat lain2 kawasan.  Risau terbeli yang tak sedap.  Dah beberapa kali terkena pun.  Kalau nampak gerai lemang yang barisannya panjang, tak kuasa i nak beratur.  I akan beli kat gerai yang tengah kurang pelanggan.

Tak kira gerai lemang yang sentiasa ramai pelanggan atau kosong, mana2 pun i pernah alami makanan yang tak menjadi.  I pernah terbeli lemang yang tak masak, keras, beberapa kali.  Kalau beli lemang, kena lah ada rendang kan.  Masa ni i beli rendang daging dan ayam.  Nasib baik sedap.

Rendang2 pun sama.  Pernah terbeli yang masin, cepat nak basi, daging keras.  Macam2 masalah lah.  Orang yang menjual ni pun, tak rasa ke masa tengah masak2 tu???  Macam mana la berniaga.

Yang i tunjuk ni, nasib baik lembut.  Rendang2 ayam dan dagingnya pun lembut dan sedap.  Masa ni ketupat pun i beli.  Tapiii…….. keras.  Tak boleh makan.

Masa kat rumah sedara, si kucing tompok ni ada.  Kucing ni pun sambut raya sama2.  Tapi ni kucing orang.  Bersih bulunya.  Comel kan…………..  Setakat  tengok je la.

20141005_131135

si tompok comel

Ok, ok je lah raya haji tahun ni.  Tengok tahun, kadang2 kita orang sedara mara kongsi2 duit buat korban.  Tahun ni takda.

Lepas beberapa jam jumpa sedara mara, i pergi buat kerja sendiri, iaitu membeli barang.  Beli segala barang keperluan rumah dan diri yang dah nak habis, bukan barang dapur.  Post sebelum ni i dah cerita pasal jimat kos kan.  Jadi, kenalah buat apa yang i sendiri dah cakap.  Selalunya i beli barang2 macam tu sekali arung.  Nak jimatkan masa.

Beberapa minggu lepas, i dah buat separuh jalan nak beli barang2 secara online dari Tesco.  Pasal i leka sangat tengok dan pilih barang2 apa yang nak dibeli, 2 jam pun tak siap2.  Akhirnya, terpaksa juga keluar rumah untuk beli barang.  Tu baru pertama kali i membelek website Tesco.  Lain kali i akan buat sampai habis.

Lepas dah siap beli barang, rasa badan masih ada tenaga.  Terkenang pulak kita orang dah lama tak tengok wayang.  Tapi masa tu waktu dah agak lewat nak cari cerita.  Tengok website TGV, cerita Dracula Untold yang sempat kalau nak tengok.

Terkejut jugak, rating tak ditinggikan. Pendapat i la.  Motif cerita agak jelas.  Terpulang pada masing2 nak bagi pendapat.  Yang penting, i tak dengar budak menangis dalam panggung wayang tu.  Tapi kelibat budak kecik masih kelihatan.  Tak reti2……

Semalam pun sempat tengok wayang.  Cerita apa ke nama, Left Behind.  Ada ye, i dengar budak2 kecik buat bising.  I pun tak faham.  Sekarang cerita2 wayang tak la lama sangat nak masuk tv.  Cubalah tunggu cerita2 wayang tu keluar kat Astro Best, Astro First atau Unifi.  Kalau tak pun, tunggu je lah sampai keluar dalam tv.

Tu belum lagi yang tengok phone masa cerita tengah berlangsung.  Pernah, yang tengah demam teruk pun, duduk depan i pulak tu, sanggup pergi keluar tengok wayang.  Lepas tu sebarkan kuman.  Bukannya tak boleh tengok cerita hari lain.  Macam2 perangai pelik.

Ni perangai tak pelik kan…….

20141005_195901

pakai stokin panjang masa tengok wayang

I cuba tak tertinggal stokin yang panjang dan tebal.  Semalam siap bawak selimut kecik.  Kalau bawak bantal kecik rasa melampau pulak.  I memang macam ni bila tengok wayang.  Nak mengelak rasa pergi toilet.  Hee….. hee…….

Bagus……..  Banyak kerja2 yang tercapai dalam masa satu hari.  Lega…….  Esoknya relax seharian.

 

♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *