Sebarkan...Share on Facebook

Hobi yang menjadi………….

POKOK HIJAU DAN BUNGA-BUNGAAN

Sejak zaman kanak2 lagi, i selalu tengok nenek dan mak i tanam pokok2 bunga.  Nampaknya perangai ni turun ke generasi seterusnya.  Ada orang suka tengok pokok2 tapi tak minat nak menanam dan menjaga.  Geli pegang tanah, tangan panaslah.  I tak kira, minat dah ada, i cuba jugak buat sama ada akan menjadi atau tidak.  Berani ambik risiko.  Hee….. hee…… hee……

Setakat buat benda basic hal2 garderning boleh lah.  Biasa dengar kan, ada pokok yang kalau dijaga betul2 tapi tak menjadi.  Ada pokok yang dibiar sendiri, tak dijaga sangat, boleh bertahan lama. Tak kisah lah tu.  I pun tak siram pokok hari2.  Ada masanya setiap 3-4 hari baru siram.  Tak boleh perangai macam ni.  Setahu i, kena siram pokok pagi dan petang.

Mari tengok perkembangan pokok2 yang i kemas hari tu……..

20140925_075157

pokok lidah jin

Yang i tau, kalau pokok ni tengah nak membesar, hujung2 daunnya menajam nak tinggi.  Lepas tu, kat tengah2 rumpun nampak ada anak tengah bercambah.  Nampak tak hujung2 daun macam ada tumbuh tajam2??.   Ok ‘lazy soil’ yang i pakai ni, nampak menjadi.

               20140925_07594920140925_080736

 pokok berbunga merah

Pokok bunga warna merah ni hari tu kan baru beli.  Memang bunga2nya akan jadi kering bila dah tamat tempoh berbunga.  I ikut je kata penjual bunga.  Katanya, bila bunga2 dah kering macam ni, kena potong bahagian hujung supaya nanti keluar bunga2 yang baru.  Dah potong bahagian yang kering tu baru nampak tak serabut pokok ni.

20130723_140857

bunga raya merah (daun unik)

Pokok bunga raya jenis ni dah lama i ada.  Kena tunjuk jugak pasal tengah ada bunga.  Masa beli tak tau ni pokok apa.  I cuma minat warna daun. Ingatkan ni pokok yang suka merimbun.  Tiba2 ada bunga keluar.  Pokok ni memang kena letak di bawah panas matahari.  I tak la jaga sangat.  I biar je pokok ni kena panas dan hujan.  Bila ada bunga cepat2 i ambik gambar.

20140927_092833

bunga ros merah dan bunga ros jepun

Ni bunga baru beli.  Sebenarnya tak nak beli pun.  Masa ni i nak cari pokok kaktus.  Ada, pokok kaktus yang sederhana besar.  Tapi nampak tak menarik.  Buang masa je lah pergi tempat jual bunga kalau balik tangan kosong.  I fikir beli jelah apa2 bunga.  Kaktus tu lain2 kali boleh beli.

Pokok ros yang macam ni i pernah bela.  Sekarang memang dah ada spesies bunga ros yang tahan panas.  Tapi i tak la letak pokok macam ni di tengah2 panas.  Letak tepi rumah dulu.  Yang i pernah bela dulu, tahan setahun lebih.  Lepas tu rasanya i terlebih siram air.

Pasal tu……… i ni setakat nak jaga sikit2 pokok2 boleh lah.  Belum pandai lagi nak biakkan pokok.  Cuma yang i perasan, pokok2 yang i ada hidup lama sikit.  Tak da la nak kena buang dan beli selalu.

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Hobi yang gagal………….

IKAN HIASAN

. 20140916_170852

gambar ikan hiasan diambil dari zoo negara hari tu

Hobi ni bermula bila ada satu hari tu, anak i beli seekor ikan dari sekolah.  Ada majlis.  Ikan guppy kalau tak silap.  Bawa balik rumah, bela dalam balang kaca kecik (tengok dalam gambar).  Tahan lama sampai berbulan hidupnya.  Badan pun membesar sikit2.  Jangan lupa…… kena dibagi makan dan nak kena cuci selalu bekas kaca tu.  Tiba2……. kong……. sunyi kot, hidup seorang.

Beli ikan baru, pun jenis guppy tapi lagi cantik.  Masa ni pun beli seekor je.  Letak dalam bekas yang sama.  I tambah beli pokok dan batu hiasan.  Lepas tu kong jugak.  Mati tersepit………  Ikan ohhh……… ikan.  Tapi masa ni belum patah hati.

20140927_165930

akuarium dan bekas letak ikan yang tersadai

Entah kenapa, hati i lagi lah………. rasa tercabar.  I pulak yang jadi tak betul, rasa tak puas hati.  Dengan semangat berkobar2, i bawa anak i pergi tempat jual ikan2 hiasan.  Bila nampak je ikan banyak2 dan cantik2, fikiran i jadi tak tentu arah.

Terus i beli segala peralatan membela ikan.  Bekas oksigen semua tu, pokok2 hiasan lagi, makanan ikan yang bagus.  Ikan i beli beberapa ekor, campur2 warna.  Bawa balik, pasang semua benda.  Ok……… ok lah untuk beberapa bulan (ehh…… nak dekat setahun tau).

Sesiapa yang ada hasrat nak membela ikan hiasan, banyak kerja ye…….. akuarium mesti kena cuci selalu, tukar air wajib, bagi ikan makan, bersihkan benda2 hiasan, cakap2 dengan ikan lagi (kena dimanjakan).

Paling huru hara masa nak tukar air akuarium.  Kena pindahkan ikan dalam baldi dulu.  Air dalam baldi tu tak boleh sejuk.  Kena campur dengan air lama dari akuarium ye.   Bla…… bla…… bla……bla……. bla……… dan banyak hal lagi, ok…….

Dipendekkan cerita, ikan2 yang i dan anak i beli jadi beranak-pinak.  Banyak tau telur2 ikan.  Bayangkan masa nak bersihkan akuarium dan tukar airnya i jadi serba salah.  Macam mana nak jaga telur2 ikan tu??

Masa ni i dah mula pening.  Dipendekkan cerita lagi, i dan anak i dah tak kuasa nak buat kerja2 menjaga ikan2 ni.  Masa beli ikan2 tu, semua masih saiz kecik, lepas tu perlahan2 membesar ye, bertelur banyak2, beranak-pinak.  I siap beli lagi akuarium pasal jumlah ikan dah bertambah.

Masa ni i dah perhati ada ikan yang tak boleh ngam sesama sendiri.  Bergaduh, buli membuli sesama sendiri sampai ada yang cedera dan sakit.

Ni serba sedikit senario membela ikan hiasan.  Tapi kan……….. sesiapa yang memang minat dan ada masa teruskan lah.  Cuma u kena pandai membahagi masa.

 

 ♥ ♥ ♥

Hobi yang tak mungkin……… (buat masa sekarang)

KUCING

boboi

I pernah cerita panjang lebar pasal si kucing ni………

Ni satu lagi hobi yang perlukan komitmen.  Masa zaman kanak2 lagi, memang i ada kucing kat rumah.  Bila i pergi sekolah, kucing i pun keluar siang hari, petang baru balik.  Macam perangai manusia.  Balik cuma nak makan, tidur.  Bab2 bilik air pandai2 lah kucing i pergi membuang kat luar.

Kerja i cuma bagi makan dan main2 dengan kucing i.  Geletek2, buli, lepas tu i kena gigit.  Redha je.  Tapi, tu lah……. zaman dulu.

Sekarang, walau pun i suka kucing, tapi i tak suka bela.  Suka tengok je lebih.  Dulu takpa, kucing i pandai berdikari.  Kucing zaman sekarang lebih mengada2 nak perhatian.

Pernah satu kali tu, ada kucing meninggal bawah kereta.  Kucing orang ke, kucing jalanan ke, i pun tak ambil kisah.  U  ingat i rajin sangat nak uruskan mayat kucing tu??  Eee………. geli.  Boleh i suruh suami i uruskan bangkai kucing tu.

Masa zaman kanak2 dulu takpa, fikiran belum luas.  Pernah ada kucing i mati.  Boleh je i korek tanah dalam2, lepas tu letak bangkai kucing perlahan2 dan tanam.  Masa tu buat ramai2 la dengan budak2 lain.

 

¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤

Pokok pangkal………….. i lebih rela jaga pokok2 daripada nak menjaga ikan atau kucing.  Kalau malas nak jaga pokok, boleh tinggalkan beberapa hari.  Malas terus……….. lantak lah.  Hee……. hee……. hee…… heee………

Yang dua haiwan macam ni memang perlukan penjagaan rapi dan pakai banyak masa untuk menjaga.  Kalau sakit, demam lagi kena jaga.   Malasnya…….  Kalau dibiarkan, hati rasa tak senang dan rasa bersalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *