Sebarkan...Share on Facebook

Bulan lepas baru dapat sampai ke IKEA Cheras ni. Rupanya dekat KL je. Kalau nak diikutkan, IKEA kat Damansara tu pun senang nak pergi dari rumah i. Cuma kalau nak cepat kena bayar tol 4 kali (campur pergi balik) untuk lalu kat highway DUKE, SPRINT dan PENCHALA LINK. Yang kat Cheras ni boleh tak lalu tol, tapi tengok lah masa nak pergi tu bila.

Masa bulan Disember baru ni, ada i cuba pergi dengan HM. Ada la 2-3 kali. Tapi takat tersangkut nak masuk ke Jalan Cochrane je. Lepas tu patah balik keluar. Tak kuasa nak tunggu berjam untuk masuk. Belum lagi nak cari parking. Entah boleh bergerak sesuka hati ke tidak dengan manusia ramai2 sekali tu.

Bulan lepas, i cuba pergi sendiri2. Hari sekolah kalau tak silap. Datang2 lengang. parking pun banyak kosong. Tapi masa lunch hour orang kerja, banyak kereta masuk, pasal masa tu i dah siap2 nak balik.

Senang IKEA dah bukak kat KL ni. Siapa yang tak nak balik rumah terus lepas kerja, boleh menyinggah kat sini sampailah waktu IKEA nak tutup kedai, kan?

Hari tu saje je pun nak pergi. Tengok apa yang sama, apa yang lain dengan IKEA satu lagi. Mana yang lagi menarik. Bagi i sama je kot.

I macam biasa, kalau pergi mana2, tak suka pulang dengan tangan kosong. Fikir2 apa barang yang takda kat rumah. Pusing2 nampak ni.

Sebelum ni IKEA jual penyangkut baju yang hitam putih. Sekarang ada yang warna2 macam ni. Harga masa ni tengah murah.

Gunting dapur tu i dah banyak kali beli. Banyak kali jugak yang hilang. Sekarang tinggal satu gunting je kat dapur. Yang baru beli tu i sorok dulu. Yang kecik2 tu budak2 dah ambik agaknya.

Pergi IKEA ni selalunya nak mendapatkan idea. Tengok apa yang sesuai dengan konsep minimalis yang i nak buat kat rumah.

Setakat ni belum ada barang2 lain yang nak dibeli kat IKEA ni. Kalau ada, lain kali i datang ye.

…….

Ni i ada tips nak mengemas kain baju:

KEMAS KAIN, BAJU DAN SELUAR DALAM ALMARI SEMPIT

♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *