Sebarkan...Share on Facebook

I dan famili dah 2-3 kali berturut2 pergi ke zoo negara dan aquaria di KL.  Rasanya dah puas hati.  Nak la pergi zoo dan aquaria kat tempat lain pulak.  Memandangkan i tak terdaya nak bela ikan hiasan (perlu komitmen yang tinggi), dapat tengok je kat aquaria, KLCC tu.

20130916_133746 ikan jerung di aquaria, KLCC

 Jangan marahhh………. ni je gambar yang ok.  Gambar lain banyak orang.  Malas pulak nak letak.

20140927_092212

Memandangkan i belum ada masa dan komitmen yang tinggi nak bela ikan hiasan atau pun kucing, apa salahnya i beli cenderamata macam ni.  Comel jugak.  Lagi senang nak jaga heee…… heeee……. heeee………

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Masa cuti sekejap hari tu, malas nak pergi jalan jauh2.  Itu pun ada sikit2 mood nak pergi zoo. Teringat pasal panda2 yang glamour  tu.

20140916_14452020140916_145059

Rupanya kalau nak tengok panda, harga tiket lain.  I mengharap sangat dapat tengok panda2 tu.  Bila nak sampai bangunan yang ada panda tu, dari jauh dah boleh nampak barisan yang sangat panjang.  Cuti kan, ramai la orang pergi zoo.

Tengok2 satu panda ni tengah tidur.  Yang satu lagi pun tengah tidur, hampir tak nampak.  Masa ni dah petang.  Kecewa lah sikit, dah bayar mahal2.

20140916_155859

panda sedang tidurrrrrr…………

Tapi takpa, haiwan2 lain tengah cergas.  Pasal tu i pergi zoo beberapa kali.  Kalau datang, lepas tu tengok banyak haiwan sedang tidur, memang i rasa tak puas hati.

tiger20131124_145301

harimau2

 Tengok harimau2 ni tengah jaga, memanglah seronok.  Tapi bila dapat dengar si belang tu mengaummmm………..seram jugak.  Dari jauh dah boleh dengar.

Yang gambar harimau2 warna coklat tu nampak macam baru bangun tidur.  Tidur pun berlonggok.  Seram jugak bila bertentang mata.  Apa agaknya dalam fikiran harimau2 tu.  Faham ke tidak kalau orang tengah ambik gambar.

Masa harimau2 tu tengok i, cepat2 i pandang tempat lain.

Gambar2 lain yang menarik:

20140916_162328

flamingo

20140916_164518

badak berendam

girrafezirafah

Tu jelah serba sedikit gambar2 yang i rajin nak letak.  Hee….. hee…..  Mana puas tengok dalam blog.  Kena tengok sendiri depan mata, baru puas hati.

Jangan lupa, kos2 yang terlibat kalau nak pergi Zoo Negara atau aquaria KLCC.  Tiket masuk, cenderamata, makan minum, tren zoo, gambar2 khas dan lain2 aktiviti yang kena dibayar.  Kalau pergi dengan beberapa orang, mau pakai banyak ratus ringgit walau pun pergi tempat2 macam ni je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *