Sebarkan...Share on Facebook

Jimat kos sedikit demi sedikit

Sebenarnya, i dah mula sedar, banyak hal2 belanja kehidupan dan rumahtangga yang boleh dijimatkan lagi.  Tak kira lah sama ada harga minyak dan harga barang akan sentiasa naik.

Pasal tu sekarang, i hanya akan beli bahan2 mentah yang hendak dimasak bila i dah pasti nak masak apa dalam satu2 minggu tu.  Tak da la nak stok up segala sayur, ikan dan daging.  Nasib baik dah mula sedar diri ni.  Tapi, bila kemalasan datang, i akan bungkus lauk pauk atau tengok keadaan, makan kat kedai siap2.  Situasi macam ni pun takpa, pasal peti sejuk mungkin tengah kosong.

Sebenarnya, laki i yang mulakan tabiat macam tu.  Rupanya dia tak kisah makan kat kedai walau pun lepas dah kahwin.  Ingatkan bila dah kahwin, i kena la tungkus lumus masak pagi dan petang.  Hujung minggu lagi.  Rupanya tak payah.  Hee….. hee……

meow 2

gambar masa kulit tengah licin dengan sugar daddy, ehhh…… suami la

Tapi bila umur dah macam ni, i nak la jadikan aktiviti masak tu wajib kann…….   Al kisahnya, famili dia dulu ada bukak kedai makan.  Dia pun dah biasa tolong jaga kedai sejak zaman budak2.  Tu yang terbawak2……..

Tapi kan bila suami i pergi merantau, tabiat makan i dan anak2 jadi berubah.  Kalau masak, i masak je macam biasa.  Kalau tak masak i akan laju2 pergi drive thru bungkus KFC, MCd, Burger King ke atau makan kat kedai2 yang bukan nasi campur.  Dahhh…… bila masanya nak menjimat???

Kalau pergi makan kat Secret Recipe, Manhattan Fish Market dan lain2 tempat yang lebih kurang sama, bil dah berapa, kan?  Tu pun setakat makan tengah hari atau malam je.  Lain masa lapar balik.

Ok……. kena lah bertaubat.  Nak jimat duit sikit boleh, tapi kena bungkus makan kat rumah.  Kadang2 i buat macam ni.  Nak bungkus western food agak cerewet.  Dah tak sedap pun kalau bawak balik rumah makan.  Tapi kalau makanan arab tak pa.  Bungkus lah 2-3 set, cukup untuk makan tengah hari dan malam.

20141003_161536

makanan arab

Lagi satu yang i kadang2 buat, bungkus ayam nandos.  Kebetulan kalau i tengah kat luar, i pergi kedainya bungkus.  Kalau tak i call dari rumah untuk delivery.  Kadang2 i beli yang whole chicken set.  Tapi sekarang dah malas.  Apa i buat ialah i masak nasi kat rumah, ayam i beli atau order yang one whole chicken je.  Lagi jimat duit.  Lepas tu i suruh kedai nandos potong lapan ayam tu.  Boleh makan untuk tengah hari dan malam.  I tambah la telur goreng.

Jimat la jugak buat macam ni.

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Vitamin2 semulajadi

I dah serik nak stock up buah sekali banyak.  Takut tak termakan habis.  Untuk mengelak jadi macam tu, i dah mula beli buah bila satu set buah dah habis.  Masa ternampak buah2 oren yang saiz kecik ni, rasa semangat pulak nak makan.  Jadinya i beli 2 bungkus (RM10).  Masa ni beli limau ni je.  Nak habiskan dulu.

20141003_090009

buah oren dan epal

Yang peliknya, orang2 dalam rumah i, kalau nampak buah yang belum basuh atau belum dipotong, masing2 malas nak makan.  Bila i beli buah limau atau epal macam ni, i kena basuh siap2, susun cantik2 dalam mangkuk, baru cepat habis.

Kalau dibiar berlonggok dalam bungkusan, selalunya lambat habis.  Pernah jugak sampai ada yang tertinggal jadi busuk.  Limau kecik macam ni, basuh je dah ok.  Famili i memang manja2 belaka.

20141007_184827

tembikai merah

Lepas limau kecik2 tu dah habis, baru i beli tembikai ni.  Yang kes nak makan tembikai ada cerita.  Ada suatu hari tu bila i bukak peti sejuk, isi buah tembikai dah kosong, tinggal sisa2 dan kulit je.  Laki i punya kerja.  Lepas tu anak2 ikut perangai makan bapaknya.  Lepas tu i pun ikut sama.

Kalau mood rajin atau tetamu nak datang, baru potong kemas2, susun2 dalam bekas.  Kalau anak beranak je nak makan, i potong saiz macam ni.  Nak senang, selalunya i beli sebiji tembikai yang tak berapa besar.  Harga dalam RM10.  Basuh kulitnya bersih2, lepas tu terus kerat macam ni.  Senang kerja i haa….. haa…..

 ♥ ♥ ♥

Ni antara tabiat2 i nak jimat wang.  Sikit2 la kan.  Mula2 kosongkan peti sejuk.  Lepas ni kosongkan almari baju pulak.  Hee….. hee……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *