Sebarkan...Share on Facebook

Selalunya bila nak hujung2 tahun, semua tempat akan ada jualan murah kan.  Kedai yang memang dah jual barang murah pun akan iklankan jualan murah mereka.  Padahal harga sentiasa sama.

I pulak hujung2 tahun selalunya mood mengemas akan muncul.  Cuma tak pasti sejauh mana usaha dan hasilnya.  Kalau dah kena keluar tengok2 jualan murah tu, takkan nak pulang dengan tangan kosong.  Mesti ada terbeli benda.

Sebenarnya, masa nak tulis cerita hari ni, macam2 hal dalam fikiran, hal2 peribadi lah, hal2 orang lah, hal2 antarabangsa lagi.  Macam, ada orang yang kena banjir, ada orang yang terlibat dengan peperangan, ada orang yang jadi pelarian.  Macam2.

Kita kat sini risau tak risau dengan harga2 barang yang akan sentiasa naik.  Tapi tak semua orang i tengok macam ni.  Lepas tu, bila baca blog2 lain masing2 i tengok makan kat tempat mahal2 banyak kali, berangan2 nak pergi cuti jauh2, beli macam2 produk dan barangan lagi.  Suka hati masing2 lah kan.  Duit sendiri.

Mesti layan ke jualan2 murah ni??  Ok, akak nak bagi tips.  Tips2 ni pun untuk diri i sendiri:

1.  Tanya diri sendiri dulu, ada ke duit nak pergi membeli macam2 barangan tu?

ADA KE TAK DA ???

Kalau ada, sambung baca.

2.  Senaraikan dulu barang2 yang mesti dibeli.  Kalau dah ada, masih elok, boleh dipakai lagi setahun, sila jangan masukkan dalam senarai tu!!!

Tapi yang macam ni kena lah.  Contoh barang yang wajib dibeli ialah seluar dalam yang dah berlubang2 dan longgar, stokin kerja yang dah berlubang2 dan buat jari kaki terkeluar, bantal2 tidur yang dah berkurap.  Tolonglah tukar!!!

3.  Agak2 duit yang diperlukan.  Seribu? Dua ribu?

Masa beli, pilih barang yang berkualiti sikit.  Agak2 boleh tahan setahun atau lebih.

4.  Kalau ada tanggungan lain, asingkan duit dulu.

Contoh, perbelanjaan sekolah anak2 dan adik2.  Jangan lupa belanja2 lain yang penting.

Saya, masa sekolah dulu, bila cuti panjang hujung tahun akan mula menyusun segala alat tulis.  Lepas tu asah2 semua pensil dan pensil warna sampai tajam.  Naik sekolah menengah tak risau sangat, boleh beli sendiri kat kedai buku sekolah.

Kehidupan zaman dulu2 lebih mudah.  Tak perlu sibuk ada segala macam barangan.  Tapi sekarang, barang2 yang dicipta dah dijadikan satu keperluan.  Lepas tu ada rasa tertekan pasal nak kena upgrade memanjang.  Contoh paling senang, telefon bimbit.  Lepas tu pulak, semakin ramai yang kena ada/saja2 nak ada 2-3 biji telefon seorang.  Zaman i dulu mana ada hal2 macam ni.  Hanya berjanji sekian2 waktu guna telefon rumah/pejabat/awam untuk jumpa kat mana2, sudah.

Tapi, kalau ada robot yang boleh buat kerja2 rumah, i ok sangat.

Azam2 tahun baru saya mestilah ada.  Antaranya nak mula tidur awal balik. I rupanya lebih produktif di siang hari berbanding malam.  I memang tak suka buat kerja malam2, lagi lah kerja remeh-temeh.  Tapi kalau kena lipat kain baju takpa.  Boleh buat sambil tengok cerita tv yang tak perlu konsentrasi.  Kalau i tak cukup tidur, siang hari mesti mood penat dan tak tentu arah. Lepas tu kena cari masa jugak untuk baring sekejap.

Ehhhh……. ada orang suka buat kerja malam2 tau walaupun bukan terpaksa.  Memandangkan anak2 i dah besar sikit, boleh lah bagi maknya relax lebih cepat.

Azam2 lain sedang bergerak mengikut masa.  Antaranya ada yang i dah tulis banyak dalam blog ni.  Jadinya i sambungkan je ke tahun depan.♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *