Sebarkan...Share on Facebook

Hari tu i ada cerita pasal kipas kat rumah dah rosak. Nasib baik tak beli terus masa tu. Tunggu… tunggu… bila nak beli. Kalau nak yang kualiti bagus dan tahan lama, kena belanja banyak sikit.

Si HM teringat points yang dah terkumpul dalam kad kredit dia. Tengok2 ada cukup points kalau nak redeem kipas. Kipas berdiri pulak tu. Ada pulak jenama Panasonic. Kat rumah i dah ada dua kipas berdiri jenama Panasonic. Dulu2 masa nak beli kipas2 tu, tak perasan pun jenama apa. Beli pun di lain2 masa.

HM cuba2 lah redeem. Alhamdullillah masih ada stok. Tau2 jelah hal2 redemption ni. Rezeki!

kipasbaru

Yeaaa…. kipas baru

Masa berminggu2 takda kipas kat ruang tamu, kena pasang air-cond. I memang tak suka, tapi terpaksa. Bil elektrik jadi tinggi!

I boleh je hidup tanpa air-cond, asalkan ada kipas yang berfungsi elok. Oh ya, kipas2 siling dah lama rosak atau pun anginnya tak berapa kuat. Nampak je cantik masa nak beli, tapi tak berguna. Hahaha….. Belum lagi panggil electrician.

KISAH BENAR BILA KAD KREDIT PERNAH MEMBANTU SAYA SUATU KETIKA DULU

Ni lah yang dikatakan:

GUNA KAD KREDIT DI WAKTU KECEMASAN

Hee..hee..hee..

Masa ni baru habis belajar. Tak pasti hala tuju karier selepas tu. Kerja pun belum dapat lagi. Baru terhegeh2 nak cari rumah atau bilik sewa. Bukan tu aje. Nak mulakan hidup baru kata kan. Barang2 dapur pun terpaksa dibeli menggunakan kad kredit. Lagi pun sorang2 je masa tu. Susah senang tanggunglah sendiri. Haha….

Masa nak bayar sewa bilik, duit tunai ada, tapi tak cukup. I pun nak tak nak, terpaksa keluarkan duit tunai dari kad kredit. Itulah pertama kali i keluarkan duit tunai dari kad kredit!!! Memang seram dan menggigil satu badan…..

Kad kredit ni kalau digunakan untuk tujuan baik, akan jadi kawan. Ni ikut pengalaman sendiri. Lepas dapat kerja, i bayar balik semua hutang2.

Cuba guna kad kredit untuk beli barang2 yang tak begitu diperlukan. Lepas tu tak pakai sangat pun barang2 tu. Nak bayar balik hutang2, memang rasa stres.

…..

TIPS NAK PAKAI (MEMPERGUNAKAN) KAD KREDIT SECARA MAKSIMA

Untuk kad2 kredit yang points nya tak kan expire, kumpul je points tu sampai banyak2. Lebih bagus kalau di redeem barang2 yang berguna dan sentiasa akan dipakai terutamanya barang2 elektrik, barang2 rumah, beg2 travel dan voucher2.

Sekian, terima kasih. I nak tengok points kad kredit sendiri pulak.

 

♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *