Sebarkan...Share on Facebook

Mesti ada yang tertanya2 saya pergi mana.  Tak pergi mana pun…..nak cuba kemas blog tapi tak berapa yakin dengan diri sendiri.  I tau dalam internet memang ada ditunjukkan macam2 kaedah nak buat itu ini tapi saya rasa biarlah orang yang professional maintain blog ni.  Memang lah kena bayar.  Ini namanya pelaburan.  Kena ada back up dan kena tau sendiri, pun ye. I takda background hal2 teknologi.  Tapi kalau ada masa, I akan tengok2 jugak dalam internet.  Nanti2 okeylah blog ni….sabar ye.

Hal2 duit boleh tanya saya, insyaallah boleh menjawab. ……….So, macam mana dengan duit savings??  Sudah tiga bulan berlalu. Jangan lupa, kalau simpan setiap hari duit yang bersepah2 dalam beg duit tu, akan jadi banyak.  Contohnya: RM1 x 90 hari =RM90.  Kalau RM2 sehari x 90 hari =RM180.  Siapa belum baca Nilai Wang Hari Ini lepas ni tekan page down sampai habis.  Bacalah perlahan2 sepenuh hati.

Air/Cuaca:  Air masih kena catu. I cuba sedaya upaya nak biasa kan diri.  Pelik la.  Hujan lebat sampai tak nampak jalan.  Tapi hari esoknya haze masih tebal.  Ada yang bagi idea kalau weekend tak da air, jom lah pergi hotel…aiii…duit lagi keluar beratus.

Dalam blog post yang baru lepas, ceritanya sibuk2 nak habiskan pewangi badan.  Siapa belum baca, lepas baca ni, scroll down bawah sikit, baca.  Bersungguh2 i  kumpulkan dan rancang macam mana nak habiskan, esoknya i dapat perfume lagi, yang baru.  Family member bagi.  Yang penting bukan i beli sendiri (heee……heee…).  Jangan lupa i tulis apa….nak bagi benda kat orang biarlah benda elok, benda baru.  Mesti orang hargai sangat.

20140403_101825

Thank you……….

Hal2 mengemas lagi.  Berkenaan dengan barang2 hotel yang nak atau tak nak dibawa balik.  Biasanya toiletries dan barang2 sampingan lain.  Ni lagi satu kumpulan barang2 yang dah terkumpul dan menyemak.

20140403_101219

Barang2 ni macam rugi kalau tak dibawa balik kerana mesti pakai.  Contoh macam sabun, shower gel, shampoo & conditioner, shower cap, laundry bag, tissue tak habis, pen2, kertas.

20140403_100136

Semak kan? semak kan? Barang2 ni i akan cuba tak bawa balik.  Contoh macam sikat, berus & ubat gigi, cotton buds, penajam kuku??, sewing kit, razor kit, sanitary bag (siapalah yang angkut bawa balik ni??).  Lain2 seperti coffee/tea/gula, body lotion (tiada dalam gambar).

Jadinya, bertambahlah kerja mengemasku. Takpa, yang tak berkenaan boleh dikitar semula  (terutama kotak2 kecik tu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *