Sebarkan...Share on Facebook

Assalamualaikum,

I terasa stres pulak nak buat cerita ikut tema, macam sekarang ni tengah tema hari raya.  Jadi, i buat cerita sikit2 macam hari normal ye.  Senang nak kembangkan ayat2.  I nak ucapkan dulu, “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada sesiapa yang menyambutnya.

Macam mana dengan hari raya korang?? Gembira sangat atau sedih??  I punya raya dipenuhi dengan aktiviti makan2. Beberapa hari je sebelum nak raya hari tu, ada la rasa2 nak bukak blog.  Tapi macam banyak pulak hal2 yang kena dibuat dan dah tak sempat.  “Time-management!!”.

Baik akak cerita dulu aktiviti2 yang berlaku sebelum nak dekat2 raya.

Ni semua berlaku dua tiga hari sebelum nak raya hari tu.  Selalulah terjadi, aktiviti kemas-mengemas yang amat jarang dibuat masa bulan tak puasa, bulan puasa pulak rasa semangat nak buat.  Ni dah mengada2 sangat.

Masa tu i sempat lagi sambung aktiviti pencarian kuih2 raya.  I tak beli sangat pun biskut2 raya moden.  Mahalnya sebalang. Takut la membazir.

Ingat tak cerita yang i beli serunding dan karipap mini tu??  Pasal dah sedap, i tak perlu nak membuang masa cari kat sana-sini.  I beli je lagi kat gerai yang sama di AEON.  Yang ni i beli untuk mak i pulak dan tambah lagi stok untuk rumah sendiri.

20150711_131146

pokok2 bunga, kuih2 raya dan barang dapur

Masa tengah merayau2 dalam AEON tu, i ternampak pulak pokok2 bunga yang berdaun hijau macam ni.  Beli jelah, dah ada depan mata.  Tak payah nak susah2 pergi ke nursery masa cuaca tengah panas atau hujan di bulan puasa.  Lagipun ni pasu2 saiz kecik, lagi senang i nak angkut ke rumah.  I tak pernah ada pokok2 macam tu.  Sekarang dah hampir dua minggu i beli, masih bertahan.  Nampak macam tahan lasak jugak.

Makanan2 macam dah cukup banyak. Tinggal nak cari baju dan kasut je. Benda2 ni boleh dicari dalam rumah je….. haa….. haa…..

Kebetulan sekarang ni kedai AEON tengah bagi stickers untuk kumpul points periuk2 masak.  I bukannya minat sangat kumpul2 points macam ni.  Tak pernah tercapai pun. Tapi kebetulan sebulan dua lepas macam selalu je i pergi kedai AEON.  Beli semua jenis barang2 kat situ je.

Tengok stickers ni.  Tetiba rajin pulak kumpul.  I kalau periuk, pinggan, mangkuk boleh lah layan.

20150728_112022

Macam nak dekat je points dengan satu periuk tu.  Dengan kasut ni jugak i cuba kumpul points. Haa…. haa….

—————-

Makanan2 yang i beli macam dah cukup je.  Lepas tu misi mencari baju raya dalam almari pulak.  Sambil2 i menyelongkar, i kemas balik tuala2 mandi, alas2 dan barang2 lain dalam almari.  Takda pun yang nak dibuang.  Lepas tu jadi melarat kerja lipat2 dan susun2.  Tak pasal2 kawasan dalam almari nampak kemas dan ada pulak ruang2 kosong.

Yang penting, bukannya lama pun i mengadap almari tu.  Persoalannya, kenapa hari tak puasa tak buat??  Nampak sangat kemalasan tu.  Sebenarnya, hari tak puasa kena fikir nak makan apa, nak masak apa, ye tak??

—————-

Lepas tu, nak cari kasut mana nak pakai. Ni pun dah jadi merepek.  Sama kes, bulan tak puasa tak nak buat……..  I jadi ter rajin susun2, kira berapa banyak kasut harian yang masih elok.  Ok la, terr kemas la jugak kasut2, kan.

20150716_154433

Kalau kira dalam gambar ni, ada 10 pasang je.  Laaa…… sikitnya kasut2 akak. Bila tengok kat tempat kasut nampak banyak berterabur.  Dah disusun, alahai….. Nampak tak kasut putih kat hujung atas? Itu pun akhirnya kena buang (lebih kepada recycle kat tempat sampah).  I cuba pakai masa nak pergi bukak puasa, nak tercabut je kasut tu.  Tinggal lah 9 pasang. Nampak tak fesyen kasut2 tu semua sama.  Kah….. kah….  I rasa i tak selesa pakai kasut yang tertutup di bahagian tumit dan depan.

Lepas tu kasut warna hitam takda langsung.  Setakat sandal, selipar ada la. Tu yang boleh jadi alasan beli kasut kat kedai AEON untuk mendapatkan points periuk masak.

Ni pulak antara kasut2 yang wajib dibuang.  Kasut2 hitam yang bertali tu dah lama sangat pakai.  Dah kembang.

20150714_152058

Kasut pink dan hitam kat depan tu sebenarnya belum rosak pun.  Masalahnya kasut warna pink tu, bila i jalan tak sampai seminit, i akan tergelincir senget.  Satu hari tu pakai, nasib baik i tak jatuh dalam swimming pool.  I pakai tak stabil.  Tak berani pulak nak bagi anak i pakai.  Kasut hitam tu pulak tapaknya bising betul.  Satu taman boleh dengar kalau i jalan.  Kucing2 pun lari ketakutan.  Masa cuba kat kedai takda masalah pulak ye.  Mesti pasal tengah seronok nak beli kasut baru.

————–

Kain batik……….

Ni kes tak sampai hati.  Ada satu hari tu, i pergi hospital nak jumpa gynae.  Jangan ingat asal jumpa gynae mesti hal2 baby. Masa lalu lalang kat lobbi, ni pun waktu bulan puasa, ada wakil rumah anak2 yatim tengah jual kuih2 raya.  I kan dah beli macam2 kuih sebelum ni.  Tak kuasa pulak nak menambah stok.

Tengok2 nasib baik dia orang ada jual barang2 lain.

20150714_152929

kain pelikat dan kain batik

Kebetulan warna2 ni takda kat rumah.  Boleh lah beli satu.  Patut beli dua kain pelikat tu.  I pulak langsung takda kain batik kat rumah.  Siapa la yang nak pakai kain batik sarung macam ni sekarang. Mungkin i boleh hantar ke kedai buat skirt panjang atau kain panjang fesyen2 sikit untuk baju.

 

————–

Hujung2 bulan ramadan biasanya i akan merayau2 cari barang.  Dapur rumah kiranya dah tutup.  Orang lain ada yang sebaliknya.  Nak kena masak2 untuk raya pulak, kan.  Jadinya, i kenalah bungkus atau makan kat luar pasal orang2 yang berniaga kat bazar ramadan pun nak raya. Buffet ramadan pulak dah habis.

Ni salah satu kedai yang kita orang pergi masa hujung2 bulan puasa hari tu. Namanya Restoran Pizza San Francisco kat Wangsa Maju.  Pernah datang sini tapi jarang sangat.  Lama kedai ni bertahan. Mesti makanan sentiasa sedap.

2015-07-13 20_Fotor_Collage

Macam2 makanan ada.  Yang kita orang makan ni: nanchos, linguini salmon, linguini carbonara, banana split dan seafood pizza.  Air2 minuman pun sangatlah sedap. Tak sampai pun bajet buffet ramadan.

 

Ni aktiviti shopping yang sangat bermakna dan menyentuh perasaan………..

20150728_111329

MacBook Pro 

Husband i (i panggil HM ye mulai sekarang), berjaya mempengaruhi bininya yang tak reti menggodek2 komputer untuk beli MacBook Pro.  Laptop ASUS tu i tengah pakai.  Lepas tu boleh cakap, pandai2 lah u pakai ye……  Laptop ASUS tu pun bagus jugak.  Ada touch screen lagi. Senang u nak tengok screen, kejap boleh kecikkan, kejap boleh besarkan.

I memang tak suka tanya HM kalau tak tau apa2 nak tekan.  Boleh jadi bergaduh ada la.  Selalu i akan tanya anak i macam mana nak buat itu ini.

Tahniah kepada diri sendiri.  Harapnya i tak malas nak bukak komputer hari2. Nanti si HM perli i hari2, lepas tu mungkin dia akan rampas laptop baru tu.  Tolonglah rajin.  Aminnnn.

 

Nanti kita cerita2 lagi, ye.

 

 ♥ ♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT BERCUTI ♥ ♥

2 Comments on Kemas, shopping, makan pre-hari raya 2015

  1. Aduhai…laptop tu pun termasuk dalam senarai barang shopping untuk raya ke atau ter, ter, ter masuk dalam list tetiba masa kat kedai?

    I sekarang ni suka pakai wedges aje. Yang tumit-tumit halus ni memang dah tak sesuai. Jenis kalut, silap langkah memang terduduk manja kat lantai. Pernah juga tahun lepas I jadi ratu tertonggeng. Tiga kali jatuh pakai kasut yang sama tapi tak serik juga. Lepas tiga kali, I terus campak kasut masuk tong sampah. Serik dah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *