Sebarkan...Share on Facebook

Ada juga orang yang mengaku kalau dia buat kerja2 membasuh dan membersih, katanya terapi minda.  Bagi i ni dah pelik.

Contoh macam basuh pinggan atau vakum rumah.  Tapi, bagusnya ada orang macam ni.  Serius bagus.  Malangnya, i bukan golongan manusia macam ni.  Ingatkan terapi minda ni macam relax2 pergi tepi pantai ke, panjat gunung, masuk hutan ke, pergi mengurut badan ke, tak pun baring2 santai je.

Shopping2 pun belum lah termasuk dalam senarai terapi minda i.  Shopping2 ni buat masa sekarang, lebih kepada keperluan nak beli barang2.  Siapa yang berani cakap shopping tu terapi minda, duit dia memang dah banyak.

Macam i yang takda pembantu rumah ni, tak mungkin lah kerja2 membasuh dan membersih tu boleh jadi terapi minda.  Kerja2 tu buat naik angin ada la.  Kerja2 macam tu bagi i dah jadi satu tanggungjawab.

Kalau ada sikit2 pun terapi minda, i bagi satu contoh:

MEMBERSIHKAN RUANG PETI SEJUK

Ni mungkin terapi minda bagi i, iaitu, membersihkan peti sejuk.  Bila i ternampak ada kesan2 makanan atau minuman tumpah, mesti rasa nak mengelap.  Tapi bukan masa peti sejuk tengah penuh.  Bila ruang2 peti sejuk takda barang, lepas tu, walaupun i rasa penat, i akan lap2 kawasan2 yang kotor.  Takda la pulak i nak punggah memunggah membersih satu peti sejuk tu dalam satu masa.  Kira ok la ni.  Kerja mengelapnya 10 minit je. 20141218_131524 Ni gambar masa nak lap2.  Nampak tak ada kesan tompok2 hitam kat bahagian bawah tu.  Tak payah nak beria pakai sabun kalau nak mengelap.  I pakai setitik cecair sabun basuh pinggan,  kenakan kat kain tu, bilas.  Lepas tu lap, bilas 2-3 kali dengan air je. 20141218_133704 Ni gambar kawasan peti sejuk selepas dibersihkan.  Okey la, senang hilang tompok yang macam dah jadi fungus tu.  Bersih dah peti sejuk ku.  Hee….. hee……

 

♥ ♥ ♥

MENGEMAS POKOK2 BERPASU DI HALAMAN

Ni terapi minda kemas2 pokok.  Kalau u all nak tau, tak semestinya semua pokok2 yang i beli untuk ditanam balik kat rumah menjadi ye.  Ada juga yang tak menjadi.  Kena tunggu 2-3 bulan dulu, tengok tahan ke tak tahan bila kat rumah.  Kat kedai memang lah dijual pokok2 yang segar dan cantik.  Logik kan. 20141219_103956Pokok ni masa beli dulu segar bugar, banyak daun.  Gambar ni sebenarnya tinggal batang je.  Mungkin i letak salah tempat, tak berkembang langsung pokok ni.  Daun2nya jadi layu dan gugur.  I cantas sampai tinggal batangnya pendek sangat.

I tanam balik batang ni dalam pasu plastik kecik.  Berbulan jugak i biar2 sampai tumbuh semak keliling pasu.  Bila i bersihkan pasu ni, macam ada anak2.  Kena biarkan dulu nampaknya.

20141219_103341

Pokok lidah ni pulak sebenarnya i benci.  Pokok yang i benci ni lah yang rajin beranak-pinak. Lepas tu dikatakan pokok ni fungsinya membersihkan udara di sekeliling kita.  Boleh lah i cuba biakkan. 20141219_105857 Terpaksa i patahkan jugak sedikit akar pokok ni.  Masa i nak cabut sebahagian pokok ni, akarnya bersambung2.  I biakkan sikit dulu dalam pasu kuning tu.  Tengok nanti2 berkembang ke tidak.  Harapnya beranak-pinak lagi.

Itulah serba-sedikit terapi minda i.  Kalau u tak pernah buat mana2 kerja di atas, cuba sikit2 dulu ye….

 

Selamat bercuti…………..

 

Nak tau lebih lanjut kisah hobi2 i yang menjadi dan gagal, KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *