Sebarkan...Share on Facebook

Hellooooo………. September,

Selalunya kan, sebelum i nak tulis pasal apa2 topik terutama topik macam ni, i akan pikir banyak kali. Mungkin 10 kali. Risau pulak jadi sensitif kepada sesetengah pihak. Maaf ye kalau terasa apa2 nanti…….. Sebenarnya, i dan famili pun selalu jugak makan kat luar cuma sekarang ni i rasa malas nak keluar belanja makan banyak2.

Mungkin lepas ni i dan famili nak kena pergi tempat2 makan yang murah sikit. Tempat mahal2 pun kalau nak pergi sangat i nak cuba khaskan untuk tarikh2 penting atau bila ada situasi yang contohnya, terlebih gembira pasal sesuatu. Macam i, tak kira belanja apa, duit suami duit ku jua. Haa….. haa….. Maknanya kalau ada belanja terlebih bila2 masa, i akan terasa kerja tu membazir kemudian hari.

Kalau nak berjimat-cermat sangat tapi nak makan ala high-end, maknanya tahap skil masak diri sendiri wajib dinaik taraf.

Sejak minggu lepas, ada kemungkinan sedara, jiran dan kawan2 yang jarang terjumpa di luar sana akan terbaca blog ni atau blog satu lagi yang baru. Dua2 blog pun masih tercungap2 lagi.

Blog i satu lagi, www.hibiscuscoconutluv.com

 

……….

Masa anak2 i kecik lagi, i dan HM tak kisah sangat nak bawak budak2 makan kat mana2. Kat hotel pun tak pa, dulu harga tak menggila macam sekarang. Lagi pun, budak2 belum cukup umur tak kena bayaran. Tak pun kalau pergi restoran, boleh mintak sup je.

Tapi sejak dia orang dah besar panjang ni, kos makan2 kat luar dah naik mendadak pasal masing2 dah besar dan kena makan makanan biasa. Ditambah lagi dengan kos2 makanan tu sendiri yang harganya makin menaik2.

Tapi sejak dah sedar ni, tak la bermakna nak henti terus makan kat luar tu. Macam i sebut awal tadi, mungkin kalau ada harijadi ke, apa2 tarikh penting ke, tak salah nak belanja makan mahal2 kan……

 

……….

Sebenarnya i dah mula sedar satu benda pasal bayar makan mahal2 ni. Dah beberapa kali, contoh la, bila bil makanan nak dekat RM200 (selalu kat restoran), lepas tu entah kenapa, i akan naik angin sendiri2 dalam hati……”membazir betul”, “kenapa lah tak makan kat kedai tomyam je??” Lepas dah bayar, baru perangai ni akan timbul.

Selalunya i je sorang yang rasa membazir, HM diam je, tak terfikir apa2 pun.

Masalahnya, i ni memang ada penyakit suka menganalisa duit sejak habis sekolah dulu, walau sekecik mana pun jumlah duit tu.  Takpa, untuk cerita hari ni, i nak fokus kat belanja2 makan.

Tak salah ye kalau yang berduit banyak tu nak belanja makan mahal2. Duit sendiri, suka hati sendiri. I pun bila ada rasa duit lebih kadang2 terbelanja jugak. Lagi pun kira kita membantu kembangkan ekonomi masing2.

Mari tengok senario belanja2 makan ni untuk 4 orang dewasa:

Hotel…… bil boleh jadi RM400 lebih.

hotelfood

I masih malu2 nak ambik gambar makanan kat hotel. Macam terdesak je. Macam jakun je. Haa….. haa….. Lain kali kalau i pergi lagi, i akan susun makanan elok2 sikit.

Restoran mahal…… bil boleh jadi RM300.

Kopitiam…….. Kita orang jarang sangat makan kat kedai2 kopitiam. Entah kenapa i pernah beberapa kali kena food poisoning lepas makan kat kedai kopitiam. Lepas tu bagi i, servis selalunya agak perlahan walau pun orang tengah tak ramai.

kopitiam

Ni kat salah satu kopitiam hari tu. I bengang roti tu kecik.

Tapi sekarang, nak jimat kos punya pasal kita orang dah mula pergi tempat2 macam ni. Tapi untuk yang tak biasa pergi, jangan fikir tempat macam ni murah ye. Hari tu saje2 kita orang order set makanan yang lengkap (termasuk pencuci mulut), bil jadi RM100.

Kedai tomyam………. Minggu2 yang lepas, tak ada mood nak makan kat restoran atau food court pun. Akhirnya, kita orang makan kat kedai tomyam di Kampung Baru. Mintak 4 jenis lauk, walau pun kuantiti alahai nampak sikit sangat, tapi habis la semua lauk dan minuman. Jumlah bil ialah RM50.

 

……….

Analisa  di atas ni i buat untuk diri sendiri dan untuk orang lain yang terlepas pandang. Tak pun untuk orang2 yang sebelum ni rasa banyak duit, tiba2 duit menyusut dan terpaksa berjimat cermat.

Kesimpulan:
Kalau tiap2 minggu rasa dah terlebih belanja sangat, boleh tukar2 tempat makan. Katalah i pergi makan kat tempat murah sikit, dapatlah jimatkan belanja makan sebanyak RM100.

Kalau lah i ada dislipin, i dapat simpan duit sebanyak ni,

RM100 x 50 minggu = RM5000.

*Patutlah i tak dapat berjalan jauh sikit. Selama ni rupanya duit banyak dihabiskan kat tempat makan.

(SILA TAMPAR DIRI SENDIRI!! DAH TAMPAR PUN!!!)

 

 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *