Sebarkan...Share on Facebook

Hari Ahad baru ni pun i keluar jalan2 pasal nak cari kuih2 raya.  Yang i terjumpa macam mahal je.  Harga satu bekas kuih yang ada 50 ke 60 biji kuih dalam RM30++.  Tangguh dulu lah pembelian.  Mungkin kena jengok tempat2 lain jugak.

Makanan2 lain macam kerepek, kuih siput dan kuih/biskut tradisional, harga2 masih munasabah.  Selalunya makanan macam ni lah yang akan habis dulu.  I beli dulu kuih2 macam ni.  Esok2 kalau i terjumpa biskut2 moden yang harga ok, i akan beli.  Kalau tak terbeli, boleh makan kat rumah orang lepas tu bagi duit raya lebih sikit.

Jadinya, tema hari raya tahun ni mungkin “tradisional”.

Dulu2 mak i ada buat jugak biskut2 moden.  Sekarang dia dah jadi warga emas, dah tak kuasa nak buat.  Biarlah adik lelaki i yang tolong belikan pulak.  Adik i ni tahun lepas, pergi Chow Kit masa malam nak raya.  Biskut2 raya tengah murah gila2.  Nasib baik la sedap.

Nampaknya lambat laun i kena buat sendiri biskut2 raya.  Semakin lama semakin mahal kalau nak beli.  Ni pembelian hari tu…….

 

20150706_111322

kuih bakar dan batang buruk

20150706_110849

serunding ayam

Tiga ni je dulu.  Serunding tak pernah ketinggalan.  Yang ni i beli dua paket.  Siap2 masuk bekas, nak makan senang.  Jumlah harga RM20.  Rasa sedap!!!  Dah makan pun dengan roti dan dah nak habis.

♥ ♥ ♥

 

KOS BERBELANJA DI BAZAR RAMADAN 2015

I pun nak la tau sendiri berapa banyak duit dihabiskan kat bazar2 Ramadan.  Tengok ada pembaziran ke tidak.  My husband punya adik-beradik memang ada berniaga kat bazar ramadan.  Bulan tak puasa pun dia orang berniaga makanan dan minuman.  Keluarga sebelah husband i, dulu2 dibesarkan di kedai makan.  Punca rezeki memang kat situ.

Ni contoh i buat untuk berbuka dan bersahur sekali.  Jumlah makanan yang ditunjukkan ialah untuk empat orang dewasa.  Kalau terkurang atau terlebih, pandai2 le korang tambah atau cantas ikut diet masing2.

20150706_193338

  lemang dan rendang ayam

Ni makanan masa berbuka.  Tak payah nak tunggu raya pun boleh makan lemang dengan rendang.  Hi….hi….  Siapa suruh jual??  Ada la beberapa kali dah makan ni.

20150706_180217

asam pedas ikan kembong dan sambal kentang

Ni lauk pauk untuk bersahur.  I beli kat kedai yang i dah biasa bungkus.

20150706_174823

sira pisang, agar2 santan dan bubur kacang

Makanan2 manis macam ni sebenarnya jarang sangat dibeli.  Tengok mood jugak.  Harga2 masih berpatutan.  Kalau tak terhabis makan waktu berbuka, akan disambung makan masa sahur.

I dah tak biarkan makanan2 macam ni tersimpan dalam peti sejuk lama2.  Kalau boleh, apa2 makanan yang dibeli kena dihabiskan dalam masa 24 jam.

Ada satu hari tu, my husband beli kuih muih.  Lepas tu tak terhabis makan.  Nak makan balik hari esoknya untuk berbuka, dah rasa2 nak basi.

20150706_194405

air dan buah kurma

Cari sendiri kat dapur!!!

Senarai harga lengkap untuk makanan2 di atas:

  • LEMANG (4 potong x RM2)  =   8.00
  • RENDANG AYAM (3 ketul x RM4) = 12.00
  • ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG (3 ekor x RM6) = 18.00
  • SAMBAL KENTANG  =   2.00
  • SIRA PISANG =   2.50
  • AGAR2 SANTAN =   2.00
  • BUBUR KACANG =   2.00

JUMLAH KOS (TAK TERMASUK MINYAK KERETA TAPI PARKING PERCUMA)  = RM46.50 

Kos untuk seorang dalam anggaran RM12.  Nampak macam masih ok untuk kawasan KL.

 

♥ SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA PUASA ♥

1 Comment on Kuih raya tradisional, kos berbelanja di bazar Ramadan 2015

  1. This year mottonya konon tak mahu jejak PARAM tapi terlepas juga tiga kali. Nasib baiklah tak ikut nafsu. Itu pun habis juga dekat RM30-RM50 sekali pergi. Makanan pulak so-so aje. Itu yang malas nak pergi. Bulan puasa tahun ni tetiba I dapat semangat rajin memasak. Hampir sebulan berpuasa I masak sendiri. Yang lagi semangat memasak tu datang berkobar-kobar sebab mak mertua ada sama ~_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *