Sebarkan...Share on Facebook

I kalau boleh bila beli ikan, untuk diguna masak paling lama dalam masa seminggu je. Kalau untuk 2-3 hari je lagi bagus. I tak minat nak stok up untuk dua ke tiga minggu. Lain kalau u pergi beli kat tepi laut/sungai atau u dah tau stok ikan tu baru. Lagi pun i mana ada pergi pasar2 basah atau pasar tani.

Ada pasar basah i lalu, i nak termuntah. Nampak banyak sampah sarap merata tempat  sebelum nak masuk kawasan pasar pun. Paling tak tahan dari jauh dah boleh bau longkang. Biarlah i pergi supermarket je.

Pernah jugak i dan famili jalan2 kat tempat jual ikan kat tepi laut atau sungai. Bau2 ikan memanglah kuat. Dah memang tempat dia. Tapi tempat macam ni u kena beli stok ikan2 sekali banyak. Barulah betul. Entah, i tak terfikir lagi.

Ada i beli ikan kat pasaraya hampir 2-3 minggu tak masak. Bila dah masak, ikan dah nak hancur.

…………

Ni dua resipi lauk ikan kegemaran sendiri dan keluarga. Tapi kan, contoh macam i masak lauk2 ikan ni, sekarang i dah tak rancang dulu nak beli ikan apa. Kena tengok ikan apa yang ada kat pasaraya tu. Kadang2 ikan yang i nak, mungkin harganya tengah melambung atau ikannya takda. Untuk resipi2 ni pun, i beli ikan apa yang sesuai.

 

♥ ♥ ♥

IKAN CENCARU GORENG MASAK KICAP BERKENTANG

BAHAN2:
♦kicap
♦bawang putih
♦bawang merah
♦sedikit jintan (atau apa2 rempah yang ada kat dapur, contohnya bunga lawang/bunga cengkih/kayu manis)
♦cili merah dan/atau cili padi
♦daun kucai
♦sedikit lada hitam

♦minyak masak dan sedikit air

msakkicapbahan

bahan2 untuk masak lauk berkicap

LAIN2 BAHAN UTAMA:
♦ikan cencaru yang dah siap digoreng
♦kentang dah siap direbus

ikancencaru

ikan cencaru yang sudah digoreng

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang2, rempah dan cili.

2. Bila dah naik bau, masukkan kicap, lada hitam dan sedikit air.

3. Rasa dulu, kalau dah ok baru masukkan ikan, kentang dan daun kucai.

4. Kacau perlahan2 (sekejap je, kan semua dah masak).

Tutup api……siap……

 

ikankicap

ikan cencaru goreng masak kicap berkentang

 

…………..

IKAN BAWAL GORENG MASAK TOMATO

(untuk 3-4 orang makan)

BAHAN UTAMA:
♦6-8 biji buah tomato (potong kecik2 kemudian kisar jangan halus sangat)
♦ikan bawal digoreng
♦kacang panjang (potong 1 inci)

ikanbawalgoreng

ikan bawal yang sudah digoreng dan kacang panjang

BAHAN2 TUMISAN (untuk dikisar):
♦bawang putih
♦bawang merah
♦cili merah
♦halia
♦kunyit hidup

♦minyak masak dan sedikit air

Potong kecik2 bahan2 di atas. Kisar. Kisar kasar sikit pun takpa, nampak cantik masa bercampur dengan ikan.

tomatoblendbahan tumisan yang sudah dikisar

CARA MEMASAK KUAH:

1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan2 yang sudah dikisar sampai naik bau.

2. Masukkan tomato yang sudah dikisar tadi.

3. Kacau2 bagi mesra. Kalau pekat sangat, letak sedikit air. Kacau sampai masak.

4. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Akhir sekali, sukahati sama ada nak curah ke atas ikan macam i nak buat ni atau masukkan ikan dalam kuali dan kacau2 bagi sebati. Mana2 pun boleh.

 

ikantomatosiap

ikan bawal goreng dan kuah tomato

Ni gambar sebelum kuah tomato tu dicurah atas ikan bawal. Saje la nak tunjuk asing. Kalau i tuang terus, dah tenggelam semua ikan.

 

…………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *