Sebarkan...Share on Facebook

Itulah kata2 semangat daripada……………..diri sendiri.  Untuk diri sendiri dan keluarga, bagi I lebih mudah dan cepat jika nak siapkan hidangan buah2han.  Sayuran, kalau bukan ulam/salad kena masak lagi. Kalau masak veggie, I masak untuk sekali makan je. (Blog post ni untuk buah2han dulu, veggie kemudian).

Pil vitamin? Produk kesihatan?  I ada makan.  Antaranya produk berasaskan madu, apa ntah namanya…adinda/kekanda??, produk Amway, Tupperware.  Yang beli kat farmasi pun ada….vitamin dan minuman collagen.  Tapi kan..I tak konsisten.  Suka tukar-tukar.

Berbalik kepada topik.  Ni perangai buruk yang dah lama ditinggalkan.  Pernah dulu2 I beli buah, beli…beli…simpan…simpan….malas nak kupas, potong lepas tu terbiar dalam fridge sampai dah nak busuk.  Sebenarnya, sampai busuk pun pernah.

Isunya sekarang ialah NAK MAKAN BUAH LEBIH KERAP (KALAU BOLEH HARI-HARI) kerana I sedar kesihatan mesti dijaga dan umur pun dah meningkat.  Terus-terang, I dah lama tak beli snek2 yang bergoreng (yang sampai boleh perah minyaknya).  Eeee…..benci.

Buah2 yang korang nampak kat bawah ni tahan dalam seminggu lebih.  (Kan kena makan hidangan sayur in between lagi). Lepas tu, I tak la beli sekaligus.  Tengok mood masa beli dan buah apa yang ada.  Cukuplah untuk 4-5 orang makan.  Tembikai tu beli satu bijik.  Buah naga masa beli tiga bijik.

20140314_175405 mangga, oren

20140314_180222 tembikai,buah naga

Tengok gambar di atas.  Itulah cara yang paling efektif dan malas untuk makan tembikai dan buah naga.  Potong sekian saiz, ambik sudu, cedok masuk mulut.  Cara makan ni terjadi pada suatu hari, I beli buah2 tu lepas tu I tak sihat kot, so tak larat nak potong kecik2.  Tengok2 siapa ntah makan lepas tu tinggalkan kulit je kat atas dapur. (I jugak yang jadi tukang mengemas). I cuma potong cantik2 bila ada orang datang rumah.  Heh….heh…..

Ni pulak, I dah selalu sangat buat, ‘salad buah2han’ dan ‘pencuci mulut ais krim’.  (Ni gambar sendiri okeyy…..ambik kat dapur sendiri)

20140314_16560020140314_185529

Salad buah2han-Letak dalam satu bekas; anggur 3 warna, epal 2 warna dan strawberri.  Lepas tu curah fruit salad dressing, gaulkan sama rata.  Lepas tu mesti sejukkan.  (Buat bila nak makan, takut simpan 2-3 hari dah tak sedap).

Pencuci mulut ais krim-Tengok gambar, cara letak aiskrim, pisang, strawberri atau buah2 lain ikut kreativiti masing2.

Bila beli strawberri (dah la mahal).  I terus letak dalam freezer.  Tahan 2 hari je kalau letak kat tempat bukan freezer??

Pesanan untuk adik2 zaman sekarang-yang suka stresskan diri-nak cari duit banyak2 cepat2, nak hidup senang cepat…..lepas tu kena ada barang tu,barang ni.  Relax dik….relax…kesihatan mesti dijaga.  Betul tak orang-orang muda sekarang cepat berpenyakit??  Apa guna duit banyak kalau ada penyakit dik oiii…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *