Sebarkan...Share on Facebook

20140324_144654I dah berbulan2 tak pakai benda ni.  Tak silap namanya  ‘sandwich maker’.  Beli pun pasal ‘toaster’ dah rosak.  Ada yang berpendapat, kalau barang2 elektrik dibiar lama tak pakai, boleh jadi rosak.  Betul ke?  Anyway…..I nak ‘mengaktifkan’ balik ‘sandwich maker’ ni.

Dah tersimpan lama dalam cabinet dapur.  Mintak2 ianya masih boleh berfungsi.  I dah siapkan awal2 sandwich sardin dan tuna.  Nak cuba bakar dalam benda ni.  Apa2 yang terjadi, I masih boleh makan sandwich2 yang dah dibuat.

20140324_144903Nampak lampunya sedang menyala.  Okeylah tu.  Tepi2 roti yang tebal tu I biarkan je.  Nanti senang nak pegang bila keluarkan.  Dulu2 masa buat sandwich pakai roti empat segi ni, I mesti buang tepi2nya.  Entah kenapa.  Tapi sekarang I biar je, rasa membazir bila tepi2 tu kena buang.

20140324_145633

Beberapa minit kemudian……..dah siap.  Dah memang normal, makanan panas macam ni kena makan masa tengah panas.

Kalau u spesis macam I, yang tak suka buat kerja 4-5 kali, buat siap2 sandwich untuk paling lama 2 hari.  Kosongkan tin2 sardin dan tuna. Tak payah nak menyemak peti sejuk.  Bila rasa nak makan, terus keluarkan sandwich yang dah siap tu dari peti sejuk, bakar, MAKAN.

Sebelum nak simpan ‘sandwich maker’ ni, lap dulu dengan kain lembap (tak payah nak bersabun2).  Hilangkan sisa2 dan bau2 yang melekat, takut semut dan lipas datang…..(tau pun geli).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *