Sebarkan...Share on Facebook

I pernah cerita dulu, kalau masa nak hari raya aidilfitri, sampai tahun ni pun, i masih belum ada tekanan perasaan nak kena masak apa2.  Kiranya, tak payah masak la. Padahal usia dah bertambah ni.  Tapi sejak tahun lepas punya raya, i dah mula terfikir2 menu raya untuk beraya di rumah sendiri.  Nak la raya kat rumah sendiri pulak.  Ni beraya kat rumah sedara mara je.

Tu yang salah satu sebab i dapat relax banyak sebelum raya.  Orang lain sibukkan diri pergi pasar2 untuk beli bahan2 masak, i pulak sibuk tengok2 barang kat shopping complex.  Paling teruk pun, i akan mengomel pasal kuih2 raya yang mahal. Takpa.  Dapat jugak i kemas almari, kasut2 dan kuih2 raya kan.  Dapur pun dah mula cuti rehat.

Meh tengok i kemas kuih2 raya yang tak seberapa banyak ni.  Sebenarnya, mak i masih ada kudrat nak masak2.  Orang tua2 ni sensitif sikit.  Selagi dia nak buat kerja, biarkan.  Lagi pun i adik beradik dua orang je.  Adik i pun masih membujang.  Kalau i yang kena masak bukan suka2, tu dah jadi sebab2 lain yang mungkin tak seronok. Lagi pun sikit je kuantiti lauk pauk yang kena dimasak.

Jadi, selagi mak i tengah rajin nak masak2, i dan adik i boleh belikan makanan2 lain.

Sebelum nak raya i dah beberapa tahun biasakan diri mengemas kuih2 raya siap2. Pernah sebelum2 tu, raya dah habis, i belum bukak pun kuih2 raya yang dibeli. Sudahnya, berlonggok dan tak termakan. Pernah jugak terpaksa buang pasal dah tersimpan lama sangat.

Jadi, tak nak la membazir kan. Beli setakat nak makan dan siapa yang nak makan. Kiranya i beli untuk cukup2 makan.  I pun bosan tengok kawasan dapur berselerak dengan kuih2.  Jadi stres tau.

Hari tu pun lepas seminggu dah habis raya, i dah mula cari pisang goreng.  Tutup lagi ye.

Selalu i akan kemas kuih muih raya untuk rumah sendiri dan untuk dibawak ke rumah mak i.  I dah belajar dari pengalaman tak nak kelam kabut di pagi raya.  Semua dah kena siap tersusun.

20150715_134403

Ni dah macam makanan2 ringan je.  Satu tu je biskut raya moden yang i beli, tart nenas.  Tu pun i beli satu bekas je kat AEON supermarket, jenama noraini.  Ni antara yang i susun dalam balang2 kuih. Balang2 kuih tu pun i beli tahun lepas, tahun ni baru nak pakai.  Kah….. kah……

 

20150715_132959

Ni pulak untuk mak i.  I kan tak beli banyak kuih2 tahun ni.  Mak i pun tak makan banyak2 sangat kuih raya.  Yang mana kena asingkan, i letak dalam bekas plastik saiz kecik.  Senang mak i nak makan sambil tengok tv.

Tahun ni, pasal dah malas sangat nak beli biskut raya, i pergi kedai muruku.  Nak raya kan, banyak sangat muruku tengah dijual. Tu pun yang jenis gulung2 tak ada kat kedai ni.

20150715_121226

I beli tiga jenis ni je.  Ni pun i beli setengah kilogram je.  Nasib baik boleh.  Kalau tak, siapa nak makan banyak2.

Tu je kot kerja2 i untuk hari raya.  Haa….. haa……

♥ ♥ ♥

Tahun ni mak i masak nasi minyak dan rendang ayam.  Malas ye nak ambik gambar.  Cuba bayangkan sendiri makanan2 tu.  Lagi pun masa nak makan tu i tengah lapar dan malas nak fikir pasal blog.  Sikit2 nak kena ambik gambar.

20150717_124236

kucing pun nak beraya tau……..

Lepas dah selesai makan kat rumah mak i, kita orang beraya kat Kuantan pulak.  Adik beradik sebelah HM ramai.  Bayangkan jumlah makanan yang i dan famili kena mengadap.  Dah jadi berbeza pulak situasi. Tukang makan punya lah ramai.  Jadi memang wajib dia orang kena masak banyak2.

HM kan orang pantai timur.  Dapatlah i merasa makanan2 berlainan kat Malaysia ni.

Masa mula2 sampai kat rumah adik perempuan HM pun, sedara maranya dah berkumpul.  Menu utama ialah nasi dagang dan gulai ikan. Ni pun u all bayangkan sendiri ye.  Dah lapar dan letih lepas bawak kereta lebih kurang 3 jam. Nasib baik LPT tak padat dengan kereta. Takut la, banyak betul kemalangan tahun ni. Kalau kita yang berhati2 pun, orang lain mungkin bawak kereta macam setan.

Semenjak dua menjak ni adik beradik HM dah pandai susun atur waktu makan masing2.  Kalau rumah ni buat untuk tengah hari, rumah lain akan buat makan2 esok tengah hari atau malam.  Jadinya ada koordinasi di situ.  Gerenti takda siapa akan merajuk pasal kita orang akan berkumpul di satu rumah pada satu2 masa.  Lepas tu tak payah nak ikut turutan umur.  Mana2 rumah yang dah ada perancangan nak masak, akan whatsapp dulu.

Ni pulak makan2 kat rumah abang sulung HM.  Banyak kan kuantiti lauk pauk.  Kalau kat rumah mak i buat semangkuk2 untuk 6 orang makan je.  Ni kena masak2 untuk 20-30 orang ye.  Ni pun tak semua sedara mara dapat berkumpul sekaligus.

20150718_142741

Menunya ialah sambal ayam, daging masak kicap, sambal udang & kentang, sayur2, kerepek2 dan lain2 makanan sampingan.  Pedas gila sambal udang tu, tapi sedap.  Ok la kan menu macam ni, tak kan hari2 nak makan ketupat, rendang, lemang dan nasi minyak je.

20150718_141316

Ni i punya hidangan sendiri.  Sikitnya……. Pasal apa, sebelum singgah rumah ni, HM bawak beraya ke rumah kawannya.  Masa tu kita orang makan nasi impit, sate ayam dan daging.  Sila bayangkan jumlah makanan yang kena masuk perut i.

Tak ingat malam raya bila, kita orang pergi rumah kakak HM pulak kat Gambang. Makan lagi rendang dan nasi impit.

…………..

Malam2 famili i bebas.  Boleh pergi shopping dan jalan2 di bandar Kuantan. HM tak pernah dera i duduk rumah adik-beradik dia berlama-lamaan.  Lagi pun bahaya la orang perempuan cakap lama2. Mesti ada banding-membanding dan korek2 rahsia.

 

———-

Makan lagi…….. ni hari lain lah.

Ni kat rumah abang lain.  Banyaknya kena masak.

20150719_153012

Masa mula2 sampai rumah ni, perut i tengah kenyang lagi.  Mungkin kenyang shopping kat east coast mall sebelum tu. Padahal dah petang ni.  I sampai, i makan nasi impit dengan kuah sayur tu dulu. Kenyang lah.  Lepas tu duduk2 dan berbual2 dengan sedara mara, sambung lagi makan.  Tengok2 mee laksam yang gulung2 tu dah habis.  Kena makan dengan mee laksa.  Lari dah sikit rasa original.

Lepas tu, pergi pulak rumah abang HM satu lagi.  Ni baru rumah adik beradik HM yang kat Kuantan.  Belum lagi yang di KL. HM ada 11 orang adik-beradik.

 

Kucing nak beraya……….

20150720_142319

Macam pernah tengok je kucing2 ni.  Ikut balik kampung ni……..

 

Tu lah serba sebanyak makan2 hari raya kami.

 

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BEKERJA SEMULA………

2 Comments on Makan2 masa Hari Raya Aidilfitri 2015

  1. Salam singgah!

    Bulan Syawal memang bulan makan-makan. Maklumlah sebulan berpuasa katanya…. My own family pun ramai. Kalau memasak untuk raya memang macam memasak untuk kenduri. Makan dan makan dan makan aje kerjanya di hari raya. Nasib baik tahun ni raya pertama jatuh hari Jumaat so tetamu sampai selepas sembahyang Jumaat. Lagilah lama kami adik beradik berulang-alik ke dapur isi perut masing-masing. Selagi tak menggelupur senak perut, selagi itulah kita orang makan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *