Sebarkan...Share on Facebook

Banyak jugak makanan2 sedap yang kita orang bawak balik dari Kuantan masa raya hari tu. Orang dah bagi kena ambik, ye. Sebelum i menjadi malas, lepas dah sampai rumah, cepat2 i simpan dulu mana yang boleh letak dalam peti sejuk. Lepas dah balik KL, ada la 2-3 hari i jadi tak sihat.

Terpaksa lah relax dulu. Dah okey, bermula lah operasi kemas segala makanan. I rasa serabut tengok makanan banyak2 tu. Memang kena kemas secepat mungkin untuk dibagi2 orang jugak sebelum jadi berkulat atau rosak.

Ni yang i sempat ambik gambar (macam dah jadi kebiasaan pulak ambik2 gambar ni). Senang nanti nak buat rujukan. Mana2 makanan yang boleh dikongsi dengan orang lain, i letak dalam bekas kecik2 ni. Senang nak dimakan atau masak terus.

mknanbungkusoren

makanan bawa balik hari cuti raya

Keropok ikan tu je yang dibeli. Lain2 makanan dari rumah adik-beradik HM. U boleh nampak biskut cornflakes madu, tempoyak, ketupat daun palas, buah oren (pun nak ambik?) dan kuah pecal. Kalau letak kat rumah je semua ni memang tak terhabis.

 

…………

I bab2 nak potong keropok lepas tu kena goreng boleh tahan malas. Ni HM yang potong.

keropokgoreng

keropok ikan dari Kuantan

Asalnya, ni keropok lekor yang panjang dan tebal macam bergulung. Tak pasti nak kena potong macam mana. Tapi memang kena potong tebal sikit. Kalau potong nipis2, tahun depan pun belum tentu habis. Masa goreng, tak boleh goreng garing sangat, kena ada rasa lembik2 baru sedap dan betul.

Wow……. sedap keropok ni. Tapi bila makan rasa macam terlebih ikan je. Sos tu pun beli sekali masa beli keropok ni. Baru kena dengan rasa.

 

……….

MEE HOON GORENG UDANG BERAS PERANG

Dah berhari-hari makan kat rumah orang, nak la rasa air tangan sendiri pulak. Rasa kekenyangan je makan macam2 nasi dan lauk-pauk masa raya hari tu. Dah lama tak masak mee hoon goreng sendiri. Lepas dah habis cuti raya, hidup kembali normal. Makan pun normal balik.

Mula2 kena cari mee hoon beras perang dulu dan perencah. Mee hoon jumpa. Perencah mee hoon goreng yang i nak dah habis. Nampak sama je idea kita……

Terpaksa i beli perencah nasi goreng jenama yang sama. Dah pernah buat macam ni pun. Rasa mee hoon nanti tak pelik ye, jangan risau. Malas nak pergi kedai lain atau beli jenama lain. Laku jugak perencah2 mee hoon goreng adabi atau maggi tu.

Ada yang dah mula biasakan diri makan beras perang? I pernah masak sekali, tapi rasanya lain macam dan tak sedap. Hee…… hee…… Tak biasa lagi. Kalau masak nasi goreng macam ok je pasal warna nasi dah gelap.

Mee hoon beras perang ni dah beberapa kali i masak. Tak semua kedai yang jual ni. Masa mula2 tu, i ternampak secara tak sengaja. I bengang pasal i pernah beli mee hoon putih biasa tapi i suka tukar2 jenama. Bila dah dimasak, rupanya tak tahan lama. Cepatnya dah ada bau2 nak basi.

 

♥ ♥ ♥

meehoonje

mee hoon goreng udang (beras perang)

Resipi mee hoon goreng beras perang

Bahan2:

♦mee hoon beras perang (jenama eco-brown)
♦perencah mee hoon goreng atau perencah nasi goreng
♦udang (terus dibuang kulit)
♦cili padi
♦sayur kobis
♦daun kucai
♦2 biji telur
♦lada sulah
♦sedikit garam

meehoontembikai

buah tembikai dan mee hoon goreng udang

Sama kan macam sarapan kat zenith hotel hari tu. Rajin dengan malas je!. LOL. Selalu kalau beli sebungkus mee hoon beras perang ni pun, i rendam je semua dan masak sebungkus tu. Lebihan masak pun tak banyak. Boleh simpan dalam peti sejuk untuk dimakan esoknya.

Cara memasak, sila tengok sini (sama je ok!): RESIPI MEE GORENG (MEE SEGERA) UDANG

 

……….

Lepas ambik tempoyak dan nak keluar dari Kuantan, nampak sorang pakcik ni tengah jual rambutan kat tepi jalan. Nampak macam baru lepas petik je rambutan2. Dah la murah. I beli 3 ikat. Buah2 macam ni pun, i tak bagi budak2 makan dalam kereta. Melekit sana-sini. I pernah nampak sorang makcik campak kulit2 rambutan dari dalam kereta ke tengah2 jalan!

 

rambutan

buah rambutan

Buah2 ni pun harus segera dikemas sebelum berlonggok dan terbiar. I sebenarnya tak suka tengok anak i kopek dengan tangan lepas tu nampak benda2 hitam kat jari. Kotor. Tu yang selalu buat batuk. Lepas buang kulit, bilas sikit buah2nya. Lepas tu letak dalam peti sejuk. Memang cepat habis!!!

 

♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *