Sebarkan...Share on Facebook

Kalau i berjaya siapkan 2-3 jenis makanan dan minuman untuk lunch and dinner sekali, i boleh kongsi dalam blog ni.

I tak lah berkira sangat, tiap kali masak nak kena buat semua benda from scratch.  Kalau ada masa nak blend bahan2 perencah, i buat sekaligus untuk 2-3 masakan.  Buat masa sekarang, i belum berminat nak berlama-lamaan di dapur.  Orang lain pun nak makan cepat, bukan i sorang.

Mungkin ada readers yang muda2 dan baru nak belajar masak, boleh lah masak makanan2 kat bawah ni.  Cuba siapkan semua kerja dalam masa 1 jam 30 min.  Bab berapa lama waktu memasak memang i berkira sangat.

HIDANGAN MAKAN TENGAH HARI DAN MALAM

Hidangan pertama:

mee hoon goreng…………

20140501_10154520140501_114148

Rendam dulu mee hoon sampai lembut.  Bahan2 lain ialah perencah bihun goreng maggi, carot, daun hijau, daun sup/ketumbar, lada sulah.

20140501_12101820140501_121951

Cara memasak:  Panaskan sedikit minyak, letak perencah mee hoon goreng, kacau dulu.  Lepas tu letak udang.  Kacau sekejap, kemudian masukkan mee hoon yang sudah ditoskan, sayur hijau dan carot.

Untuk adik2 yang baru belajar masakan goreng2 ni, cuba pakai dua garfu untuk elak makanan hancur dan senang nak kacau.  Bila dah nampak sebati sikit perencah dan mee hoon tu, pecahkan dua biji telur.  Kacau lagi.  Taburkan daun sup/ketumbar.  Rasa dulu……

20140501_124646

MEE HOON GORENG UDANG

Dah siap.  Nak pedas, potong cili padi ye…….

Hidangan kedua:

lauk ayam berkuah…………..

20140501_13112420140501_113311

Bahan2 yang diperlukan ialah serbuk kurma (tak silap ni brand adabi), santan kotak, tomato ceri, cili padi, kentang dan ayam.  Untuk menyenangkan kerja i selalu rebus siap2 ayam dan kentang.  Air rebusan tu pakai balik.

Bila nak masak, ikut je arahan di belakang paket tu.

dah siap…………

20140501_140936

AYAM KURMA KENTANG

Mesti ada minuman………..

20140501_143939

Kadang2 bila ada mood, teringin nak makan sea coconut ni.  Dah bukak tin, pindahkan semua isi ke dalam tupperware.  Ni pun kena dihabiskan dalam masa 2-3 hari.  Bila nak makan, letak beberapa keping isi kelapa tu dan sirapnya dalam gelas.  Letak ais atau air masak.

 

Selamat memasak………………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *