Sebarkan...Share on Facebook

Cerita masak ni patut keluar masa cuti hari tu, tapi takpa lah.  Boleh diguna pakai balik untuk hari2 cuti kemudian.  I kalau boleh bila masak, masak untuk lunch, dinner terus.  Tak kuasa nak buat kerja 4-5 kali.  Banyak kerja lain heh………..

Kalau lah…….. ada…… private chef…….mintak je nak makanan apa….he……he……..

Lagi satu, i tak suka trial and error masak bila tengah lapar, nak masak kena menjadi.  So, bila2 nak cuba masak masakan baru, i pastikan ada standby makanan lain.  Atau, kalau masakan baru tu tak menjadi, i cepat2 order nandos ke, pizza ke, etc..etc…  I kalau satu jam di dapur dan tak ada makanan siap, mula naik angin.  Dah la lapar……bukan i sorang je nak makan…..ha……..ha……..

 

Ni contoh i masak hari tu,

Hidangan pertama

Mee hoon lagi.  Tapi yang ni lain.  I pakai mee hoon warna perang.  Kan asyik promosi beras warna perang, ni mihun pulak.  I pun nak cuba lah.

20140505_110314   20140505_111701

Macam biasa, rendam dulu sampai lembut.  Bahan2 lain (lebih kurang sama dengan post sebelum ni).  I cuma tukar sayur iaitu kobis putih dan daun hijau.  Lain2 bahan, perencah bihun goreng maggi, udang, cili padi, daun sup/ketumbar, telur 2 biji, sedikit minyak, lada sulah dan garam.

20140505_120309

Cara masak, dah ajar kan………tengok post sebelum ni……Adik2, udang jangan sampai kecut.  Pandai2 kacau ye……..

20140505_123521

MEE HOON GORENG UDANG

Dah siap……..tekstur mee hoon tu lain sikit.  Rasa pun lain sikit, rasanya.  Tapi boleh lah.  Habis satu family makan.  Family i flexible, kalau tengah hari mee hoon pun boleh makan.  Tapi malam kena makan nasi.  Tak lalu asyik  nasi…..nasi……je.

Hidangan kedua

Lauk ayam berkuah…………

Ni dah masak beberapa kali.  Tomyam ayam segera?? I mengaku i selalu bungkus makanan.  Lauk tomyam selalu dibeli bungkus masa bulan puasa je.  So…..ada suatu hari puasa tu (dah bertahun dulu berlaku), laki i bungkus lah, untuk sahur.  Nak tau……..plastik lauk tomyam tu gemuk gila dengan kuah.  Bila letak dalam mangkuk……..HANYA ADA 3 CEBISAN KECIL DAGING AYAM, (3 je?? dicantum jadi sebesar ibu jari i),  sayur biasa lah, bersepah banyak.

Hikmah di sebaliknya…….. I mula masak lauk tomyam sendiri.

Yang lauk ayam kurma tu……I mula masak sendiri bila beberapa kali beli di satu kedai yang sama, ayam kerasssss je…..langsung tak lalu makan.  KENA BUANG.  So, berlapar lah.

 

Fokus yang ni………

 

20140505_113416

I pakai kiub tomyam brand knorr.  Okeylah, rasa kuah tak lari pun.  Mula2, rebus ayam, letak sekali 2 kiub tomyam.  Bila ayam dah masak, letak sayuran.  I letak kobis putih, anak jagung, carot, cili padi 2-3 biji dan ceri tomato.  Akhir sekali, i letak daun limau purut.  Tunggu masak……

Adik2, untuk lauk macam ni, u beli ayam yang dah dipotong kecik2 atau filet ayam.  Senang nak masak dan makan.

Rasa dulu………

Dah siap…………

20140505_124407

TOMYAM AYAM

Macam tak cukup lauk.   So, i buat telur dadar.

20140505_122732

TELUR DADAR

Selamat memasak…………..makan dengan nasi.

(Timing untuk prepare dan tunggu masak agak lambat, 2 jam).  Mesti diperbaiki lagi nampaknya.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Ni tips i selalu CUBA pakai.  Bila beli ayam, ikan, dll, i asingkan siap2 kat kedai berapa ketul nak masak.  Udang pun, kalau i rajin kira, i kira…….contoh dalam satu plastik kena ada 15 ekor.  Untuk elak pembaziran dan terlebih bayar.  Satu plastik tu untuk masak satu lauk.  Kan dah senang kerja……

20140501_090926

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *