Sebarkan...Share on Facebook

Salam Januari,

Selamat Tahun Baru 2018..

Hujung2 tahun 2017 kan ada banyak jualan murah sana sini. Tapi, terus terang saya cakap, kalau nak beli dan simpan barang2 yang perlu macam barang2 rumah, penjagaan diri dan lain2, masa hujung tahun memang masa yang teramat sesuai membelanjakan duit. Banyak pilihan barang2 yang tengah murah.

Macam saya pulak, bukannya tak nak ambik kesempatan beli benda2 yang banyak diskaun semua tu. Saya nak habiskan barang2 terutama barang2 penjagaan diri yang ada lagi.

Tahun lepas, barang2 yang saya beli contohnya, beli 2 percuma 1 masih ada lagi.

Yang buat saya tak puas hati ialah, ada barang2 yang saya terpaksa buang iaitu barang2 penjagaan kulit yang tak efektif kepada kulit dan dah merosakkan kulit saya. Benci. Saya saje2 nak cuba jenama lain, nampaknya tak menjadi. Yang pasti, saya memang tak suka pakai losyen kat muka, tapi masih nak cuba pakai. Lepas pakai, basuh, lepas tu kulit rasa rosak dan boleh jadi rosak.

Kalau sesiapa yang ada masalah yang sama, cuba pakai produk yang berasaskan air. Saya pernah pakai SK II, tapi tak konsisten. Yang penting, kulit tak rosak. Sekarang saya tengah cari produk (yang ganti losyen/pelembab) tapi berasaskan air. Kat Guardian, Watson pun banyak produk2 yang berasaskan air ni.

Produk penjagaan muka lain yang saya minat ialah masker. Kes yang sama, nak cuba jenama lain, tengok2 tak efektif dan kulit jadi kering. Jenama yang saya pernah pakai dan berkesan ialah Sephora dan Innisfree. Masa dah habis, nak la cuba jenama lain, tengok2, huh…

Dah beberapa bulan, saya dah mula pergi kelas2 yang saya minat. Lepas ni boleh lah cerita pasal OOTD. Kalau tak, baju suri rumah je. Ha..ha..ha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *