Sebarkan...Share on Facebook

Boleh tak kita cuba simpan RM10 hari-hari.  Simpan sampai 365 hari (setahun).  RM10x365 hari=RM3650.  Kalau husband and wife kerja boleh simpan RM10 seorang, jadi RM20x365 hari=RM7300.

Contoh2 matawang Malaysia:

20140309_12094420140309_145003

Ni pulak BUKAN gurauan.   Kalau dapat simpan walaupun RM1x365 hari=RM365.  Kalau husband and wife kerja RM2x365 hari=RM730.  Nak selit kat mana ..duit kecik2 ni?  Simpan dalam tabung….kat mana lagi, kan.  Rajin mengumpul tabung2 comel, tapi jadi perhiasan je??

Antara tabung-tabung kesayangan i:

20140307_14422920140307_143528

Contoh-contoh koleksi tabung.  Macam-macam bentuk.   Yang kucing putih tu ada berbaju masa beli tapi dah kena cabut.  Anak I cabut bajunya dan sarungkan kat ‘kucing busuk’ dia.  Macam bantal busuk tu…

Persoalannya, duit savings yang banyak-banyak lain dah selamat disimpan.  Ni duit apa lagi???Betul tu… duit ni jangan dicampur dengan savings2 lain.  Ni “DUIT NAFSU”.  Nafsu makan terlebih dan nafsu belanja yang tak penting.  Banyak kali kita kata kat diri sendiri “kalau tak beli pun tak pa”.

I pernah buat saving macam ni (sebenarnya selalu).  Sengaja atau kebetulan, dah jadi habit dari zaman sekolah menengah sampai sekarang.  So mari kita tengok apa yang boleh diguna pakai dengan wang sebanyak di atas:

RM365  Bayar perbelanjaan sekolah-buku/baju sukan/stokin brand sekolah/ alat2 aktiviti sukan/ bayaran bulanan air-cond sekolah/tuisyen bulanan sekolah/etc…etc…

RM730  Beli benda yang dihajati untuk hiasan dalaman rumah-wallpaper (feature wall)/langsir/sarung2 kusyen/alat2 memasak/pinggan mangkuk/etc…etc…

RM3650  Ni pun dah banyak.  Boleh bayar parking bulanan/condo maintenance/roadtax& ins kereta/ vacuum cleaner baru/upgrade washing machine/beli air-cond etc/…etc…

RM7300  Banyak…boleh pergi holiday Asia Tenggara.  Tak payah usik savings lain kan…Upgrade baju kerja ke/ pergi spa buang daki2 dan bulu2/penjagaan rambut/etc…etc… pandai2lah korang.

Kalau start masa muda, insyaallah ‘habit’ ni melekat sampai tua. Belajar simpan duit sedikit demi sedikit.  Walaupun duit dah banyak nanti, u akan sentiasa beringat untuk berjimat cermat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *