Sebarkan...Share on Facebook

Hari tu masa i rebus pasta jenis bowties untuk buat laksam, i tak dapat agak nak masak berapa banyak. Jadi ada lebihan pasta bowties hari tu. Tapi kalau nak masak apa2 pun lebihan pasta tu, cuma cukup untuk dua orang makan.

Lepas buat laksam hari tu, i tekad nak masak ala western untuk lebihan pasta bowties. Tekad katanya kah….. kah….. Dah banyak kali tengok resipi2 pasta berkrim, tapi tak berani nak buat. I kan tak suka kalau masa dan tenaga dah pakai banyak kat dapur, lepas tu masakan tak menjadi, memang naik angin. Dah la buat sepah sendiri dan kena kemas balik sendiri.

Kalau dah diri sendiri tak lalu makan masakan sendiri, i tak kan bagi walau pun anak i sendiri makan, ok.

Untuk pasta berkrim ni, i buat yang paling senang kot. I beli krim masakan dan olive oil yang paling kecik sekali. Tak nak membazir.

 

 ♥ ♥ ♥

PASTA BOWTIES UDANG BERKRIM

(untuk 1-2 orang makan)

BAHAN2:
♦pasta bowties (siap direbus dan ditoskan)
♦minyak zaitun
♦krim masakan
♦udang (buang kulit siap2)
♦bawang putih (hiris halus2)
♦cili padi atau cili merah (hiris)
♦lada sulah
♦garam

CARA MEMASAK(ehhh…… gambar takda pulak, pasal sekali arung je letak bahan2)

1. Letak sikit minyak zaitun.

2. Tumis bawang putih dan cili padi/cili merah.

3. Masukkan udang.

4. Bila udang dah separuh masak, masukkan pasta.

5. I terus masukkan krim dan kacau perlahan pasta.

6. Letak lada sulah dan garam.

7. Rasa dulu ok ke tak. Kalau rasa pekat sangat, letak sikit air.

Tutup api, siap……….

 

pastakrimudang

pasta bowties udang berkrim

Krim masakan tu cukup2 untuk dua orang makan.

*Masa kat supermarket hari tu, i tengok jugak cheese yang dah disagat dalam peket. Memang ada saiz kecik tapi harga RM10. Malas pulak nak beli, lain lah kalau masak pasta tu banyak. Lepas tu cari daun herba dill pun tak jumpa. Kira ni dua bahan yang sepatutnya ada. Walau pun takda, rasa pasta ni dah ok bagi i.

 

…………

AYAM GORENG KUNYIT

Hari tu i ada buat ayam goreng kunyit basah2 sikit. Kali ni nak buat yang hampir2 original. I kan memang suka ubahsuai kalau boleh semua resipi.

Hari tu menyesal beli ayam filet. Ingatkan boleh senangkan kerja pasal dah dipotong kecik2. Lain kali i patut beli dada ayam je lepas tu potong kecik2. Lepas i goreng ayam potongan filet tu, ayamnya jadi keras. Padahal i masak sehari lepas i beli. Nasib baik i beli jugak ayam drummet yang kecik2. Semuanya lembut lepas digoreng.

ayamgoreng

ayam2 yang dah siap digoreng

Cara memasak, sila tengok sini: AYAM GORENG KUNYIT BERSAYUR

 

Ni yang i buat baru2 ni……… cantik la sikit.

ayamkunyitsiap

ayam goreng kunyit

…………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *