Sebarkan...Share on Facebook

Hari ni i nak kena bagi motivasi sikit. Motivasi yang tak pernah didengar kat mana2. Motivasi kat dalam TV tu semuanya dah jadi urusan bisnes. Hahaha………

AMARAN: Apa2 yang tertulis di bawah ni mungkin tak ada makna langsung kepada sesetengah individu.

Kalau ada, sila lah berkongsi dengan orang lain. Kisah dan teladan ni terjadi kepada diri sendiri. I sebenarnya rasa kesian dengan budak2 yang masih mentah fikiran tapi hidup dah teraniaya sedari muda. Percayalah, i tau perasaan mereka.

I tulis ni kerana i pun risau dengan anak2 i sendiri. Alang2 baik i bagi nasihat secara umum.

Untuk readers yang masih muda, kalau nak hidup lebih bermakna bila dewasa nanti, kena berusaha dari sekarang.

Usaha maksudnya, kalau u sedang belajar, memang kena belajar bersungguh2. Kena fokus dulu kat pelajaran.

Tapi tak semua orang minat dalam pelajaran, ye tak. Minat ke tidak, nak tak nak kena habiskan zaman sekolah dulu!

Apa2 pun, yang penting, sesuatu minat atau skil kena ada macam bersukan, menyanyi, memasak, mengaji atau apa2 je, asal kan halal. Sambil tu kena sabar sampai habis sekolah.

Kalau u tak ada pedoman atau tak ada contoh teladan yang baik dari orang dewasa, sila baca ni sampai habis.

KENA ADA CITA-CITA SEJAK MUDA

Kalau kat sekolah tu, selalu je kan guru besar, cikgu2 dah suruh fikir dah besar nak jadi apa?? Yang ni memang wajib ada. Penting kerana kalau dah ada cita2, nak belajar tu jadi semangat sikit.

Kebetulan zaman i belajar dulu, budak2 lain jenis yang cerdik dalam pelajaran belaka. Budak2 lain, ok!! Jadi, i pun terikut2. Nampak tak kat sini “terikut-ikut”. Mungkin i tak sepandai dia orang, tapi tempias tu ada.

Kalau u berkawan dengan orang putih kata “loser”, loser lah jadinya.

KENA ADA SOKONGAN MORAL DARI ORANG SEKELILING

Sokongan moral ni selalunya datang dari keluarga, lepas tu keadaan sekeliling. Kalau yang pertama tu tak ada, susah sikit. Hidup akan lambat berkembang maju. Kalau yang kedua tu pun tak ada, lagi lah susah. I faham sangat dengan situasi takda….. takda….. ni.

Nak tak nak, u dah mula kena ada matlamat hidup sendiri. Fikiran kena matang cepat.

Berdikari dah jadi perkara penting. Ni bukan bermaksud nak kena cari duit ke apa. Kena berdikari untuk jaga diri sendiri dulu.

Contohnya, berdikari mengemas, jaga keselamatan sendiri, bukak api dapur dan lain2 benda remeh. Bila u dah pandai uruskan diri sendiri, keadaan sekeliling dah jadi tak serabut. Senang sikit nak kejar cita2.

MESTI BERGAUL DENGAN ORANG2 YANG BERFIKIRAN POSITIF

Selalu ingat, kena bergaul dengan orang2 yang betul. Jangan jadikan alasan latar belakang sebagai penghalang.

Jangan ikut orang yang tak nak berkembang maju. Cuba cari jalan macam mana nak majukan diri sendiri dan kena dengar banyak kali motivasi dari orang2 yang dah pakar dalam apa2 bidang yang u minat.

Yang i sendiri rasa kelakar, bila dah kerja, dah kahwin akan terjumpa jugak orang2 yang tak sehaluan. Tapi masa ni kita dah boleh fikir sendiri. Nak kawan ke, tak nak kawan ke.

yang penting……. ESOK2, BILA DAH SENANG, JANGAN LUPA DIRI DAN ASAL-USUL!!!

 

Bila dah dewasa pulak………

Bila dah dewasa, kena ada DUIT SENDIRI!!! Tak kira sama ada u kerja sendiri atau pun kahwin dengan lelaki kaya.

Jangan tak tau langsung pasal duit. Paling minima pun, kena tau jumlah bil bulanan dan cara nak kurangkan kos bil2 tersebut. Jangan semua hal, nak salahkan suami (untuk yang dah berkahwin).

Keluarga i dulu, nak jimat bil elektrik, akan tutup lampu di ruang2 yang tak pakai. Kalau tengok TV kat ruang tamu, lampu pun ditutup. Hahaha……… tengok TV dalam gelap!

 

Jadilah………..

PEREMPUAN BERDUIT IALAH PEREMPUAN YANG BAHAGIA

I lebih rasa hormat kepada:

♦ Orang2 perempuan yang bekerja sampai pencen terutama yang bergaji besar.

♦ Tak kerja langsung sampai umur pencen tapi tau macam mana nak simpan dan jaga duit. Yang paling penting, tak berlagak.

♦ Kerja bermusim dan tau macam mana nak KEMBANGKAN DUIT dan simpan duit.

 

Buatlah sesuatu yang positif untuk kehidupan diri sendiri!

3 Comments on PEREMPUAN DAN DUIT TAK DAPAT DIPISAHKAN

  1. Saya dah pencen FZ…..pencen sebelum waktu hihi….La ni duk rumah goyang kaki. Lantaklah laki suka ke idok hihi….boleh gitu?

    Setuju dgn awak…..habiskan belajar, biar ada ilmu lepas tu terpulanglah nak teruskan dgn minat ke apa, yg penting jangan menyusahkan mak bapak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *