Sebarkan...Share on Facebook

20140321_080909

Pokok yang pertama dibeli (yang kurus kat belakang berdaun besar).  My first love Masa beli umur I baru 20-an. (muda sangat la tu).  Dah lebih 10 tahun pokok ni bertahan.  Rasa tak percaya.  Dah jemu mata memandang. Pernah rasa nak buang.  Kesian…. pokok ni kan, kalaulah ia tau I cakap macam ni………..  Pokok ni pernah beranak-pinak.  Aktiviti2 yang dah dibuat dengan pokok ni: buang sebahagian, pindahkan dari pasu lain, patahkan batang, cabut semua daun2, potong sedikit akar masa pindah pasu.  Pokok ni jarang disiram air tapi tengok sendiri memang sentiasa kuatU nampak I dah letak kawan, yang spesis palm tu.

(faham ke tidak…. I tulis apa)

20140321_075256

Dua pokok ni sama.  I sengaja tanam dalam pasu saiz kecik.  Sebelum ni, pokok2 ni I letak kat kawasan’ laundry’.  Memang disiram dan kena panas matahari.  Masa tu I tengah experimentasi pokok2 yang boleh menyerap udara tak bersih.  Tengok2 pokok2 tu jadi kering dan layu.  I semak balik, memang sah I beli yang salah jenis.  Pokok yang sebenar, daun2nya seakan sama.  Pokok ni sesuai untuk kawasan luar.  Kesian.  I terus pindahkan ke depan rumah supaya dapat ‘fresh air’.

20140312_102702

Yang ni kenal tak?  Tak silap kemboja.  Akhirnya berbunga selepas 2 tahun.  Tu pun I dah pindah randahkan banyak tempat dari tepi longkang, letak tengah panas, ni I letak tak ‘direct’ sangat dengan matahari, baru berbunga.  Pokok ni tak boleh kena air selalu.  Nak tau tak bila pokok ni sebenarnya berbunga?  Kan hari tu KL, Selangor berhari2 tak hujan, lepas tu kena haze pulak.  Tanah jadi kering sangat.  Lepas tu pokok2 besar tepi jalan banyak gugurkan bunga, bersepah2 bunga2 atas jalan.  Macam pelik kerana jarang berlaku kecuali cuaca kering?? Lepas habis bunga2 gugur pokok2 besar tu nampak tinggal rangka.   Masa ni lah pokok kemboja ni pun keluarkan bunga warna ‘pink’.

20140321_074612

Yang ni pulak I tak tau apa masalah.  Ni pun pokok kemboja.  Mula2 I letak kat tengah panas.  Okey.  Sempat berbunga warna putih.  Dah lama tak letak baja, I letaklah.  Lepas tu datang semut, lepas tu datang benda putih2 melekat.  I pindahkan ke tempat redup.  Masih sama. Akhirnya I letak depan rumah.  Ni I biar dulu, tengok macam mana.  Benda putih melekat tu nampak beransur hilang.

20140321_075928

Pokok yang sentiasa bahagia.  Pokok ni pun mula2 letak kat tempat ‘laundry’.  Memang tahan.  (Ikut tips yang pasal menyerap udara tak bersih).  Memang melingkar, cuma daunnya tak membesar.  I tak letak baja pun.  Siram air je.  I pernah letak dalam toilet, mungkin kurang cahaya matahari, pun lambat membesar.  Akhirnya, pokok2 ni pun I pindahkan ke depan rumah.

20140321_081731Ni biasa tengok kan? Pokok bunga kertas.  I pernah patah hati dengan spesis ni.  Masa mula2 beli 4 warna (lepas beli pokok yang pertama).  I salah teknik.  I letak baja yang khas untuk spesis ni.  Masa tu kan baru nak mula minat hal2 bunga-bungaan ni.  I letak sekali banyak kat dalam pasu, lepas tu siram.  Beberapa hari je, jadi ‘terbakar’.   Malu I dengan makcik2.  Mestilah kena buang.  I kena tahan malu. Yang ni I beli ‘second round’, 2 tahun lepas, kalau tak silap.  I dah belajar dari kesilapan, letak sikit je baja, jauh dari akar, siram.

Okeyyy…….dah…..dah……..

Tak sangka cerita pasal pokok pun boleh jadi meleret2.  Ni setakat yang muat.  Ada pokok2 lain lagi.  I saja nak kongsi pengalaman hal2 menanam bunga.  Mesti ada readers yang minat tapi tak berani nak mula.  Takut tak jadi dan tak da masa nak jaga.

I pernah memandai beli pokok yang bunga2 cantik, batang lembut (tapi tak mahir menjaga).  Letak tengah panas, okey je.  Tapi bila hujan lebat, hancur terus.  Malu lagi.  Lepas tu tak serik2 beli lagi pokok2 jenis lain.  Tapi lama2 dah kenal pokok yang tahan hujan/panas.

I tak da sangat jadual siraman.  Rasa nak siram,siram.  Kalau rasa terlebih siram, 2-3 hari tak siram.  Kalau ada readers yang tak pasti nak beli pokok apa, beli dulu pokok2 dalam gambar2 ni.  Semuanya tahan lama.  Kalau tiba2 bermasalah, jangan putus asa kerana masih boleh diselamatkan.  Pindah randahkan pasu memang kena buat.  Paling penting, pokok2 I tunjuk tu boleh ditinggakan banyak hari.  Yang mesti dibuat: bila nak balik kampong atau outstation, siram dulu.  Okey je….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *