Sebarkan...Share on Facebook

Nak kaitkan dua jenis barang2 ni dengan hal ‘neat freak’ dan ‘minimalist’ …….LOL.   Walau pun nak jadi ‘minimalist’, prinsip saya, jangan dibuang terus barang2 yang u rasa (dalam fikiran)  nak pakai……tak pakai……..nak pakai….   tak pakai…… (banyak2 kali).  Kalau dah 100% pasti tak da siapa pakai termasuk diri sendiri, masa ni lah kena buang.

I bagi contoh:  tuala mandi yang dah menipis atau koyak sikit, adakah u akan buang terus??  i tak…..apa i buat….. kalau tuala tu besar, i potong 4 untuk jadi kain lap2 buat kerja.  Kalau tuala tu sederhana besar, i potong 2 untuk gulung rambut lepas mandi (turban).  (mintak2…ada la orang buat benda yang sama macam ni)

Yang dua produk ni pun (plastik dan pewangi badan) i tak kan buang terus  (kerja bodoh lah…..dah jadi membazir).  Macam lah tak beli baru lepas tu…..

Produk Plastik       I nak fokus kepada produk plastik yang digunakan untuk meletak dan menyediakan makanan.  Terus terang, i sendiri tak tau berapa lama barang2 plastik jenis ni boleh dipakai dan disimpan.  Memang produk2 ni tahan lama dan sentiasa nampak elok. Yang dibeli masa anak masih bayi pun masih tersimpan macam pinggan, cawan dan mangkuk plastik.  Sekarang, barang2 tersebut i pakai semasa proses menyediakan makanan.  Letak potongan bawang, cili, sayur2 etc….etc……  Tak lama lagi i akan ‘recycle’ je plastik2 tu.  Tak perlu rasa bersalah kerana dah ‘habis pakai’.

Nota: Sengaja tiada gambar produk2 plastik, nanti i kena marah.

Pewangi Badan       Ni satu lagi kumpulan barang2 yang menunggu masa untuk dihabiskan.  Siapa lah yang tak suka beli benda2 wangi ni.  I tak la kena setia dengan satu bau yang sama.  Apa2 yang bau sedap I ok je.  Cuma nak menghabiskan tu agak perlahan.  Entah, kalau tak da mood, tak sembur.  Mungkin i dah yakin dengan diri sendiri sampai tak perlu nak berwangi2 (perasan eh).  Yang dalam gambar ni, mesti dihabiskan secepat mungkin, kalau tak, rasa bersalah nak beli yang baru.

20140329_130249

Bagi yang pergi ofis hari2, adalah alasan nak menyembur.   Bagi yang tak da ofis nak pergi, payah jugak nak menghabiskan wangi2 an tersebut.  Anyway…..untuk habiskan cepat, i dah mula menyembur kat bilik air dan bilik tidur.  Kadang2 sembur ke luar tingkap untuk menghabiskannya.  Kalau u beli yang kecik2 comel  tu, boleh tinggalkan kat laci ofis.

Pendapat saya, jangan lah di ‘turun’ kan kepada orang lain produk2 plastik yang dah lama tu atau wangi2 an yang dah tinggal separuh/sikit.  Nak bagi orang, bagilah barang2 baru. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *