Sebarkan...Share on Facebook

Waktu i nak bukak blog ni hari ni, i tengah dilema.  Nak lipat kain baju yang dah melonggok macam banjaran titiwangsa tu ke atau nak buat cerita blog.  Untuk berlaku adil kepada diri sendiri, seeloknya baik buat cerita blog.  Kang esok2 i menyumpah2 sendiri pasal tak tulis blog, macam mana?

Kain2 baju tu takpa, sekarang i dah dapat buat dengan pantas.  Buat malam pun boleh, sambil tengok tv.  Lagi pun, anak2 i dah jadi suka lipat baju dia orang sendiri.  Itu pun lepas my husband paksa dia orang satu hari tu, masa i tak sihat.  Macam nak kena tunggu musibah datang, baru sesuatu benda lain boleh terjadi.

Ni i dah makan 2 biji actifast, baru badan boleh berfungsi.  Penyakit datang bulan, dah datang.  Cerita hari ni bukan cerita merapu, tapi mungkin akibat penyakit datang bulan, fikiran i yang jadi merapu.

Ni pun i terpaksa tahan perasaan dan fikiran masa rasa nak tulis benda2 yang lagi merapu.  My husband don’t like, ok.  Katanya tak intelligent.  Benda2 remeh pun nak tulis.  Jiwa perempuan lain, ok.

Ni tak masak la nampak gaya.  Kena order makanan.  My kids nak makan pizza.  Ok lah.  Semalam dah makan nasi banyak2.  Selamat i tak payah basuh pinggan mangkuk.  I masih lagi rajin nak order dari dominos.  Masih belum muak.  Tunggu dah muak, baru tukar company lain.

Masa nak tulis cerita hari ni, fikiran tengah beremosi tinggi menggunung.  Tapi bila dah mula menaip, hilang pulak emosi tu.  Ok, kah???  Macam tak sampai hati pulak nak cerita benda2 emosional.  Hilang terus jadinya mood i yang tak keruan tu.

I tau orang lain, bila tengah emosi berlebihan, akan luahkan segalanya dalam blog.  Nampaknya i berjaya menahan diri.  Haaa….. haaa….. haaa….. Adakah bermakna i sudah matang???  I pun tak pasti.

Sebenarnya, perkara yang i nak sampaikan hari ni ialah, hargai lah apa yang ada di sekeliling.  Tak kira orang2 yang baik atau pun barang.

I nak cakap mula2 tadi ialah hargai kesihatan.  I pulak jenis kalau kena sakit sikit2 dah jadi panik.  Sudahnya panik attack.  Yelah, nak kena jaga anak2 yang tengah membesar lagi kan.  Kadang2 i fikir, takpalah masa cepat berlalu.  Tak kisah.

Lagi satu yang kena dihargai ialah duit.  Duit yang seadanya dulu.  Hargai dulu.  Baru rasa bersyukur.  Lepas2 tu, tengok macam mana.  Fikir dulu motif kalau nak jadi kaya.  Amboi……., cakap macam dah kaya.  Haa…… haa……

 

Ok lah dulu, moga cerita pendek hari ni ada pengajaran sikit2…………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *