Sebarkan...Share on Facebook

Haaaiiii, mula2, i nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada readers yang menyambutnya.  Dah balik dari kampung??  I takda kampung.  I orang KL.  Banyak makan??  I tak pun.  I bukan jenis yang suka makan banyak2.  Kalau hari raya pun i makan sikit2 je kat rumah orang.  Setakat nak merasa dan nak hormat tuan rumah.  Boleh jadi senak perut dan kembung perut.

Tahun ni, masa raya pertama hari tu, kebetulan semua rumah yang i pergi ada lauk rendang.  Nak tak nak kena makan sikit.  Kalau tak tuan rumah akan menjeling.  Hee……….hee……….

20140801_110735

“Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014”

Sejak beberapa tahun lepas, i tertanya2 kepada diri sendiri.  Bila i kena masak untuk raya??  Sebenarnya, i belum ada keperluan untuk masak makanan raya.  Rutin hari raya masih sama sejak dulu.  Hari raya pertama pergi rumah mak i di Gombak, KL.  Lepas tu pergi rumah sedara mara lain yang lebih berusia.

Lepas tu lagi, pergi rumah2 sedara mara sebelah suami pulak.  Ramai………… ipar duai.  Dia orang pun lebih berusia.  Jadinya, mesti lah dia orang nak tunjuk skill masak masing2, masak itu ini lagi.  Kenalah layan.

Okeyyy………… nampaknya situasi ni dah jadi alasan utama i untuk tidak perlu stress dan bersusah payah masak makanan hari raya.  Dah banyak tahun i sedar situasi ni.  Maknanya, tahun2 mendatang akan tiba giliran i pulak untuk masak memasak makanan raya.  Alamak………. nampaknya kenalah i praktis dari sekarang.

Apa yang u all makan masa raya?  Tahun ni mak i ada tenaga pulak nak masak macam2. Pernah ada tahun2 yang tak larat nak masak, terpaksa lah order rendang dan makanan lain.  Lepas makan rendang tu, tekak i rasa loya.

I tak tau la orang KL lain macam mana, mungkin lebih kurang i pasal dah lahir kat bandar.  Macam i, seboleh2nya i cuba makan semua makanan yang ada kat Malaysia ni.  Maksud i, i boleh makan asam pedas, laksam, mee bandung, laksa penang dll.  Tak da la nak menyempitkan diri kena makan makanan yang sama setiap kali.  Macam……soooo……… kenegerian sangat.  Boring lah macam tu.  Kenalah berfikiran terbuka sikit.

Ni makanan masa hari raya pertama.

20140728_121917

 rendang ayam dan nasi minyak

20140728_120625

serunding ayam dan pulut

U nampak i letak dalam tupperware.  Masa datang rumah mak i, makan sikit dulu.  Ni bekalan dalam kereta.  Tak berani pulak nak makan banyak2.

20140728_115746

serunding ayam

Ni serunding ayam buat sendiri.  Menjadi pulak.  Habislah i kena tau macam mana nak buat.  Bila mak i cerita macam mana nak buat, bunyinya macam senang pulak.

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Nampak macam senang je kan, i dan famili pergi rumah famili masing2 untuk makan.  Lain kali giliran i pulak untuk menjamu tetamu.

Walaupun i tak da kampung, suami i ada kampung, di Kuantan. Memandangkan i ramai anak saudara dan rumah masing2 sentiasa penuh, i dan famili terpaksa tinggal di hotel tiap kali beraya di Kuantan.  Nasib baik di Kuantan tu banyak hotel.  I okey je……… semestinya kes nak bermalas2 dan berpakaian tak sopan.

Hari tu i dan famili duduk kat Hotel Zenith.  Dah beberapa kali duduk kat hotel ni.  Hotel2 lain di sekitar Kuantan pun ok, i pernah pergi.  Kebetulan hotel ni bersebelahan dengan East Coast Mall, lintas jalan je.  Apa lagi………. sempat lah melencong sekejap.  Pantang ada tempat shopping.

Bath robe dari bilik hotel, nak beli mahal pulak harga. Gambar tengah ialah pandangan dari tingkat 23.  U nampak kan shopping mall kat tepi tu.  Ada Parkson kat dalam tu, merayau2 jumpa pulak alas cadaran warna purple.  Kan hari tu i tak sempat beli, ni dah ada depan mata, beli jelah.

 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Makanan2 lain……………..

20140801_105743

biskut2 raya

Kena dihabiskan dalam masa dua minggu.

Pertama kali i beli balang kuih raya.  I lambat sikit bab2 ni.  Nampak tak banyak kan kuih2 raya.  I pernah la beli banyak2 masa dulu2.  Tak terhabis.  Rupa2nya anak2 i ikut bapaknya.  Tak minat sangat biskut2 manis, suka makan yang jenis kerepek2.  Sebelum raya hari tu, i cuba cari, tapi tak banyak pilihan.  Malas pulak nak merayau2 kat tempat lain.

Ni kes belum nak masak lagi minggu ni.  Tak tau nak makan apa??

20140731_12451420140731_140557

mee segera kari dan pizza

Malas lagi nak pergi beli groceries minggu ni.  Rasanya minggu depan baru ada rasa2 nak masak balik.  Lepas tu rasa malas nak makan.  Senang2 tak payah makan, minum air je.  Ni untuk alas perut je.

♥ ♥ ♥

I tak sangka readers sudi jengok blog ni walaupun ada hari yang takda cerita baru.  I minta maaf banyak2.  Sebetulnya i belum ada kudrat nak tulis hari2 macam bloggers lain.  Belum nak bersengkang mata lagi.  Sabar ye, i cuba usahakan.  Macam mana ratings nak meningkat ye tak, kalau tak tulis selalu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri ………………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *