Sebarkan...Share on Facebook

Lambat sikit cerita2 keluar. Sibuk apa agaknya i ni. Ikut kata pepatah: “TAKDA MASA, BUATLAH MASA!!”. Yelahyelah…….. Salah satu aktiviti beberapa hari lepas, i kena kemas gambar2 sana-sini terutama yang dalam telefon. Banyaknya la…….. I buang mana2 yang dah tak penting dan yang dah dipakai. Gambar2 masa raya pun banyak dan bercampur aduk.

Sambung sikitlah kisah2 raya hari tu, ye ……….

KL-Kuantan tak la jauh, normal dalam 2 jam 30 minit kalau naik kereta. Nak balik hari pun tak ada masalah. Siap HM pernah bagi idea, “jom beli stok ikan2 dan makanan lain kat Kuantan”. Tu i tak minat, ok. Kampung mak i lagi dekat, kat Kuala Selangor.

Kalau nak pergi Kuantan beberapa hari, selalu kita orang sefamili duduk kat hotel. Kat bandar Kuantan tu memang dah banyak hotel. Terpulang kepada bajet dan motif masing2, sama ada nak duduk tepi laut ke, tepi sungai ke atau tengah2 bandar. Kita orang pernah duduk kat Vistana, Shahzan, MS Garden, Hyatt, hotel tepi sungai (nama tak ingat).

Pasal dah banyak hotel kat bandar Kuantan, nak bergerak ke sana sini memang senang. Bukannya besar pun Kuantan tu. Tapi kalau nak keluar masuk Teluk Cempedak, kena tengok jugak masa, takut sangkut kat jem. Bilik2 air pun mungkin tengah sesak.

Kalau u tanya tempat makan mana yang sedap kat Kuantan, i memang tak ambik tau sangat. Adik-beradik HM dan anak2 saudara ramai, selalunya makan2 pun kat rumah2 dia orang je.

Hari tu kita orang duduk kat Zenith Hotel. Hotel ni agak baru. Lokasinya di sebelah east coast mall. Kalau nak pergi mall tu, kena lintas seberang jalan je. Tengok kiri kanan dulu.

Sebelum pergi beraya ke rumah orang, dapatlah kita orang sarapan dulu kat hotel. Sebenarnya, tengok jugak situasi. Kalau nak diikutkan, i memang tak gemar tidur bersepah kat rumah2 orang, kecuali darurat. Nasib baik HM pun suka duduk kat hotel.

Ok lah makanan sarapan kat Zenith Hotel tu. Tapi hari tu macam cepat je habis makanan2 yang sedap kot?. Tak la kita orang turun lambat sangat pun. Tapi hari raya hari tu, memang ramai orang kat hotel tu, tak kira bangsa. “Meleis” pun ramai.

Ni antara gambar2 sarapan pagi yang tersusun elok. Bila pergi mana2 hotel, mula lah berangan nak buat sarapan ala hotel kat rumah. Padahal, kalau tengok gambar2 ni, makanannya biasa aje, yang kita selalu makan pun. Suasana hotel je yang buat kita rasa ada ‘kelas’. Rajin atau malas je perangai. Haa…… haa……

Boleh lah i ambik idea sarapan2 ni buat kat rumah. Lepas tu buat ‘food presentation’ cantik2. Kah…… kah……

zenithbfast

mee goreng, nasi lemak & ayam rendang, roti canai, mee hoon, nasi impit, telur separuh masak, air teh, jus, buah2 han

…………

Kebetulan raya kot, masa masuk bilik dah ada dodol dan kuih2 raya menunggu. Dah dibungkus  kemas2. Tapi hari tu…….. “ehh….. hotel, kenapa u bagi i dodol yang dah keras??”. Tak sedap, ok.

dodolhotel

dodol dan kuih2 raya

Selalunya, i pun akan bawak bekal dari KL untuk dimakan dalam bilik hotel sambil melayan perasaan kat tepi tingkap macam………. “boringnya Kuantan ni…….. nak pergi Teluk Cempedak pun tak sempat”. Habis la kalau HM terbaca. Tu kuih2 raya yang i bungkus dari rumah mak i.

I malas ye nak ambik gambar dalam bilik hotel. Lain kali lah kalau rajin. Tapi yang i paling suka ialah pintu bilik air ni.

pintutoilet

pintu bilik air

Pintunya ala2 Jepun, lepas tu tebal. Pintu sorong atau ‘pocket door’ kalau tak silap namanya.

Dah duduk Kuantan 2-3 hari, kain baju pun semestinya berlonggok. Selalu kalau pergi mana2 hotel, cepat2 i letak baju busuk dalam laundry beg hotel, lepas tu mintak lagi yang baru untuk kenang-kenangan. Kalau takda yang jenis kain, jenis plastik pun takpa. Tapi kena ada nama hotel. Lepas tu longgok kat rumah, sayang nak pakai. Gila…….

laundryzenith

baju2 basuhan

Selamat basuh-membasuh, Faizah…….. Laundry bag tu pun dibasuh sekali. Lepas tu simpan…….. Simpan buat koleksi.

…………

Nak balik KL, tak mungkin pulang dengan tangan kosong.

 

♦ ♦ ♦

Tengok…….. kari ayam ni pun nak kena dibawa balik ke?? Masa nak balik hari tu, kita orang singgah kat rumah kakak HM. Dari hari pertama kita orang sampai, dia pesan beberapa kali “jangan lupa singgah ambik tempoyak sebelum balik”. What??? Habis tak kan nak ambik masa i makan nasi dagang hari tu, lepas tu simpan dalam peti sejuk hotel?

kariayam

kari ayam kentang

Kari ayam ni kakak HM masak hari kita orang nak balik tu. I bungkus asing. Selalunya, kalau nak balik dan kena tukar2 giliran bawak kereta pun, i tak berani sangat makan dan minum banyak2. Ada la kes. Biar i berlapar dalam kereta. Kalau lapar, baru i makan. Kalau boleh minum pun i mengelak. Salah satu sebabnya, i malas nak berhenti banyak2 kali kat R & R. Membuang masa.

Tu yang i bawak bekal untuk makan dalam kereta dan untuk makan kat rumah. I tengah panaskan la tu lepas2 dah sampai KL. Penat kan kalau nak terus masak.

 

♦ ♦ ♦

Ni paling sedap, ketupat daun palas. Jarang jumpa kat mana2.

ketupatpalas

ketupat daun palas

Macam banyak je i ambik hari tu. Dalam mangkuk ni hanyalah sebahagian. Ada lagi dalam peti sejuk. I makan dengan serunding.

 

♦ ♦ ♦

Inilah raja segala makanan…………

tempoyaks

tempoyak

Kakak HM pot pet kat i untuk buat lauk bertempoyak. Banyak sangat ni dia bagi. Kebetulan bekas kecik tu i terjumpa kat east coast mall masa raya hari tu lalu i pun beli. Tengok2 dipakai untuk isi tempoyak dulu (dah basuh lah). Cantik ada penutup sekali.

 

Nanti i tengok kalau ada gambar2 makanan lain yang i bawak balik ke KL.

 

…………

Tak ketinggalan jugak………..

kucingoren

kucing oren

Jangan tergoda dengan aksi selambak kucing ni. Kucing saiz kecik lagi. Hari tu macam2 aksi yang dibuatnya untuk suruh orang ambik bawak balik. Masa ni kat rumah abang HM. Manja sangat kucing ni.

 

♥ ♥ ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *